~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Monday, June 6, 2011

Review : Pertandingan Kecantikan Ayam Serama Langkawi Bhg. II

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Bertemu lagi kita kali ni untuk review game di Langkawi baru-baru ini... Overall dari kaca mata SPB pertandingan ini bukanlah event yang besar namun jumlah hadiah yang disediakan adalah besar namun dengan status sponsored by ni, camgitulah puas hati la kepada mereka yang mengambil bahagian, namun begitu bagi pendapat sesetengah peserta hadiah yang berupa Hemper yang besar-besar begitu, amatlah memeritkan apabila terpaksa nak menyeret sampai ke pelabuhan jeti. 

Bayangkan kalau datang berdua hadiah pulak bawak balik 5.....ayam dengan sangkar, belum campur barang dapur pinggan mangkuk periuk belangga segala nak diangkut, orang rumah pun nak diberi hadiah jugak, takut nanti game tempat lain terlepas pulak... hahaha jawabnya sampai di rumah, orang rumah la pulak jenuh kena urut pinggang.... 

 Hadiah yang disediakan memang banyak...

Okey bagi sesetengah para peserta pula ada yang berpendapat mungkin pemberian wang tunai agak berbaloi memandangkan jarak perjalanan dan keadaan tempat pertandingan.. kalau peserta nak beli coklet ke apa pun, pandai-pandai cari kedai.

Selain daripada itu sedikit komen tentang kawasan yang berhampiran dengan tepi pantai yang mana tiupan angin boleh tahan kuat sampai ada ayam yang nampak tak stable tambah pulak ayam muda atau remaja... boleh hilang gaya o.. hehehe 

Manakala pengadilan mungkin lain kali penganjur boleh import dari negeri lain bagi tambah variasi lagi keputusan. Apa-apa pun keputusan dah dibuat, jadi para peserta semua kena berpuah hati okey... cuma SPB nak jugak beri cadangan untuk BOTB lepas ni, apa kata pertandingan yang diadakan tak kira dimana pun atau negeri mana pun, BOTB cuba kita bagi para penggunjung yang hadir beri penggadilan... tak kira la.. kalau Mat Salleh ke minah jepun ke atau Makcik Leha jual goreng pisang ke.. tapi mereka yang ada di situ la... maknanya dia berminat, jadi kita minta diaorang ni yang beri markah dan memilih ayam yang menjadi pilihan Best Of The Best pada hari pertandingan tu.... Baru International ! 

Kalau kita asyik beri kepada yang pakar saja, mungkin ada yang sudah mengenali tuan punya ayam, atau pun ayam dah biasa menang BOTB tak kan member nak beri markah rendah-rendah koman spanar  la (orang utara kata)  ... kalau pikir logiknya memang ada.

Bagi para penggunjung ada juga SPB bertanya-tanya apa riaksi mereka, ramai yang memuji kerana menghidupkan kembali hobi yang dianggap oleh mereka telah lama berkubur. Mat salleh pun ada sempat bergambar dengan SPB dan tanya-tanya harga ayam, SPB ribu-ribukan jerr ayam sendiri.. melopong gak Mat Salleh tu.. apa ingat jual timbang kilo ke ape?

"Best Of The Best " Kasi Pengunjung buat pilihan.

Dan tahniah juga kepada pemenang-pemenang SPB ucapkan, ramai juga muka-muka baru yang naik podium ambik hadiah dan yang lebih membanggakan rata-ratanya lapis-lapis muda dan mereka menunjukkan minat yang tinggi kalau tidak, takkan bawak balik hadiah utama ye dak?... hehehe

Okey apa-apa pun semuanya Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan beres.. hadiah pun dah selesai, yang best lagi semua peserta diberikan sijil penyertaan, itu adalah suatu perubahan baik sekali.. sekurang-kurangnya ada kenangan di Langkawi kalau kita datang ke sana bila-bila masa nanti.. boleh bagi tahu anak cucu, atuk pernah pergi Game kat Langkawi dulu, masa muda-muda...tak percaya pergi tengok sijil kat dalam almari besi. kan dah jadi legend tu. hehe

Sedikit gambar para pemenang utama yang sempat di snep... apa-apa pun Langkawi meriah.. hadiah pun meriah.. senget Feri masa nak bawak balik hadiah.

















Senget feri nak bawak balik hadiah... hehehe

Akhir Kalam Dari SPB setinggi-tinggi tahniah kepada Group Serama Langkawi kerana berjaya menganjurkan pertandingan yang cukup meriah dan berjaya menarik ramai pengunjung di dalam dan luar negara. Kalau ada mereka yang menyatakan bahawa bahawa Langkawi tidak sesuai untuk Event sebegini, SPB bangkang sama sekali, mana ada tempat yang paling sesuai kalau bukan di Langkawi kerana di sinilah tempat tumpuan dunia, kenapa kita tak boleh Suport hobi yang menjadi Ikon negara kita, jangan hanya sekadar gah pada nama sahaja. Mengapa tidak kita memberi sokongan padu untuk menaik tarafkan hobi yang lumayan ini di mata dunia? 

Disinilah, ditempat inilah sebenarnya menjadi hot spot untuk kita mengetengahkan hobi ini, agar menjadi international bukan di Ceruk tok Kun, atau di Balik Pulau bukan di Kuala kurau atau ditempat namanya kecil sekali di peta dunia, nah inilah tempatnya dimana event besar seperti De le tour Langkawi, ini lah tempat yang amat sesuai. Cuba kita buka minda dan keluar dari kotak pemikiran this its it.

SPB berharap selepas ini lebih ramai para peserta dari dalam dan luar kawasan yang ingin mengambil bahagian dan bersama-sama mengetengahkan Hobi ini agar ia menjadi tumpuan pada mata dunia dan hobi ini terus berkembang mekar dan mengegarkan seantero dunia dengan Ikon Negara Ayam Serama. 

Iklas dari saya maaf sekiranya ada yang tak kena, apa yang baik kita kongsikan bersama-sama, yang buruk kita tinggalkan, salam kemaafan sekiranya ada yang terasa.

Bye-bye !!




3 comments:

  1. jangan la mcm tu SPB.Kalau bagi player buat BOTB tak pa.jgn panggil org lain yang tak arif. Bukan apa takut jadi macam cerita ni .Ada satu abang tu nak beli ayam dari breeder kat jitra ni. Bawak bini sekali.Last2 bini pilih ayam yang saiz c dan balung punya nalaa...(kalau kita reject dah).Kata dia yang saiz kecil ,balung kecik tu tak nampak mcm ayam.Laki pun turut.Senyum breeder tu..ayam mcm ni pun ada peminat lagi ka????...

    ReplyDelete
  2. hahaha.... macam tu ke? tapi saya rasa sekarang ayam yang johan d pertandingan mesti mencapai kualiti dan standrt kejuaraan.. jd untuk BOTB rasanya semua ayam ada kelebihan... tapa iya la apa pun, itu pandangan SPB jerr terpulang kepada urusetia.

    ReplyDelete
  3. SPB..terima kasih d atas puji pujian anda terhadap kami KPSL yg menjadi pengelola game ini..kembang hidung kwn2 kami membaca pujian anda..kami jugak ucap terima kasih kpd anda kerana susah payah anda dtg dari jauh dgn niat sama2 utk memeriahkan lagi game ini..semuga perkenalan kita hati tu ( serama Bang )akn berkekalan hingga ke akhirnya..TQ SPB..anda juga menangkan hari tu?..TAHNIAH..

    ReplyDelete