~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Tuesday, May 3, 2011

Reposting: Terjah reban ke Rumah Brother Mie Kebab Penang (Kerismas)

Assalammualaikum, salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia, bertemu kembali selepas melalui minggu yang agak sibuk dengan urusan seharian.

Okey untuk segmen terjah reban kali ini saya hanya reposting terjah reban ke rumah Saudara Mie Kebab yang memenangi kategori ABS dan BOTB di "PESTA UNGGAS ANTARABANGSA KELANTAN 2011" dengan Icon KerisMas.
Sedikit gambar terbaru Kerismas ketika ditabalkan sebagai Juara BOTB.





 Reposting :


Sesi pertemuan pertama saya kali ini berjumpa dengan Saudara Mie Kebab Penang. Kedudukan rumah saudara mie Kebab tidak beberapa jauh dari jalan utama Masjid Negeri Pulau Pinang, so untuk memudahkan pertemuan pertama kalinya SPB dan juru foto Zarie menunggu beliau di Jalan Masjid Negeri. Setibanya kami di Reban Mie Kebab Penang sudah tersedia pahlawan Keris Emas menanti kunjungan kami di dalam stor reban yg telah diubah suai oleh saudara Mie Kebab memang best... malam-malam pun boleh belek ayam lagi kalau ada stor cam gini.....! best betul la.

Stor merangkap Reban milik Brother Mie Kebab Penang


 Keris Emas


 Induk Pujaan






Ada banyak lagi gambar kalau boleh nak dimuatkan tapi kalau masuk semua jawabnye esok dah takde artikal lain... hehehe!




"Modal awal selepas kebankitan semula dah makan puluh ribuan ringgit, bukan senang nak dapat ayam yang baik... sabaq kena bayak!", komen Brother Mie Kebab yang sudah 3 tahun mengumpul ayam-ayam terpilih dari Kelantan, Terengganu dan akhir-akhir ini banyak dari KL yang menjadi pilihan .

Kebersihan reban menjadi keutamaan beliau dalam memastikan ayam tidak mudah mendapat penyakit serta ayam lebih nampak sentiasa bergaya.

Antara pencapaian terbaru dari reban Mie kebab adalah Johan BoTB di Sik Kedah dan yang paling terbaru Johan ketogori Induk di Tebengau manakala Serama Muda ditempat ke 7. Syabas SPB ucapkan.

Beliau juga ada menjual ayam dari baka-bakanya sendiri.. cuma buat masa sekarang ayam stok memang takda kerana yang ada pun semua dah ada yang booking! Setakat ini beliau hanya menjual ayam kepada kenalan-kenalan sahaja... so kalau nak try boleh datang ke reban Abang Mie Kebab Penang sendiri.


Nak tahu atau nak beli boleh tanya Brother mie sendiri.... ok!! Jumpa lagi.

Rating

No comments:

Post a Comment