~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Monday, May 30, 2011

Terjah Reban : Terjah lagi... lalala!! (Serama Ah Sai)

Assalamualaikum... dan salam sejahtera!

Fuh minggu yang sibuk... dengan kerja, sibuk dengan beli Ayam, sibuk Jual Ayam.. sibuk keje rumah lagi... hehehe Mentara Guru pergi kursus....da..!

Okey lah.. dalam sibuk-sbuk masih sempat menerjah... haha ape cite? Takde sebenarnya SPB hanya sekadar jalan-jalan sekitar Seberang Prai Selatan kebetulan ada kerja dikawasan tu dan pusing-pusing teringat kawan ada bagi nombor tel. sorang Otai lama dalam breeding ayam serama.

Menurut cerita sahabat SPB ni, dia dah ke reban seorang businessman yang ada pelihara ayam serama sekitar SPS dan ada banyak mengumpul piala pewter di rebannya. Menurut cerita sahabat SPB lagi breeder ni berketurun Cina dan banyak pengalaman serta kenalan yang dulunya otai ayam serama ketika era 90an. 

Teringatkan cerita dari sahabat itu maka SPB cuba menghubungi Mr Ah Sai dan beliau dengan senang hati menjemput SPB ke reban beliau yang berada di Taman Markosar (maaf kalau tersalah ejaan)...di SPS.

Di dalam gambar Mr. Ah Sai ketika menyambut kedatangan SPB


Sedikit biodata beliau tentang pengalaman dengan ayam cilik ini...:

Menurut beliau bermula pada hujung tahun 90an yang mana ketika itu kegilaan ayam serama mula panas, beliau bersama dua orang lagi sahabat karib yang mana turut mengilai haiwan cilik ini, dengan tiada berbekal apa-apa pengalaman beliau mencari ayam atau pada ketika itu lebih dikenali dengan panggilan ayam katik...AKA (serama) di seluruh pelusuk kampung.

Setiap inci pelusuk kampung dimasuki untuk mencari ayam berkaki pendek dan bertubuh kecik, asal ada jerr jumpa ayam kecil orang kampung, kami akan tanya 'nak jual tak..?.

Masa tu orang kampung tak tahu apa-apa lagi pasal hobi ni.. jadi bila diberi kebenaran menagkap ayam katik untuk dibawa balik maka kami bertiga berebut-rebut mencari ayam yang paling kecik, nasiblah siapa dapat yang dapat elok dia boleh beli bawa balik.. Begitu cerita Mr. Sai

Sampai ketahap kronik sekali pada masa itu... tak lama bila Ayam serama sudah menjadi buah mulut orang ramai dan berita kemasyuran tersebar didada-dada surat khabar, harga ayam kampung pun dah mula naik abis ayam yang kecik-kecik disimpan orang kampung dan bermula lah era kegemilangan serama sebagai hobi bermodal besar.... muda-mudi pun sibuk mencari ayam katik tak kira berapa harga dibeli bawak balik untuk dipelihara... Nasib lah.. kalau jadi boleh duit, tak jadi sembelih makan... hehehe

Dan apa bila harga sudah semakin mengila dipasaran, beliau yang sudah bosan dengan baka yang tidak tahu hujung pangkal mengubah teknik berfikir untuk mencari baka-baka yang menjadi sebutan dan bualan ramai antaranya Besi Buruk, Tok Uban, Hussen dan dengan bermodal permulaan RM5000 pada ketika itu kira dah cukup kuat untuk mendapatkan darah baka yang pernah menang pertandingan.

Sehinggalah ke hari ini beliau masih ingat kali pertama beliau menjual induk dengan harga RM1.8k buat pertama kalinya selepas mendapat Naib Johan disebuah pertandingan pada ketika itu. Puas tidak terkira bukan duit yang diidamkan tetap hasil dari rebannya turut mendapat tempat dihati peminat serama pada ketika itu dan sudah semestinya bangga dan puas dengan kemenangan hasil dari breeding tangan sendiri... 

 Sebahagian dari Pewter yang ada! kat dalam rumah ada setengah almari lagi... fuhh banyak tu!!!

Terbukti Ayam Induk Mr. Ah Sai di arena pertandingan Kecantikan Ayam Serama.

Begitulah sedikit ceritanya...kata Mr Ah Sai.... fuhhh ! saya tak pernah buat cerita yang panjang sebegini tapi mendengar cerita dari Mr Ah Sai ni memang syok dan layan abis... kelakar pun ada, jadi SPB muatkan juga!  

Apa-apa pun beliau yang petah berbahasa Melayu memang best dan cukup mudah di ajak berbicara memang 'in' habis lah...!

Sembang-sembang jugak meh kita tengok Reban ayam Serama Mr. Ah Sai :




 Sekitar pemandangan reban Mr. Ah Sai



Baka Tok Uban                           Baka Besi Buruk

 Hussen

Kubing ni memang cun... tp sekadar breeding jerr pasal balung dah cacat sikit (putus)



Antara Induk Reban yang Sempat di Snep oleh...SPB


Antara Anak-anak yang nak di Jual... hehehe banyak.. saya dah ambik sekor!!



Okey lah.. sekadar tu dulu dah banyak sangat dah ni... 

Okey ada pesanan iklan dari Mr. Sai beliau nak buat Jualan Sempena Cuti Sekolah Murah-murah jadi datang la ke reban beliau atau hubungi nombor yang diberikan di bawah ni nanti.... okey!

Untuk reban beliau :
Rating
***
Mr. Sai 0194468782

Highly recomended for begginer

No comments:

Post a Comment