Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Pada 22/12 yang lalu SPB berkesempatan berjalan-jalan ke negeri Pantai Timur (Kelantan) kerana ada sedikit urusan kerja. Bila sudah ke Kelantan ni sambil menyelam minum air lah kita... yerr dokk? setelah habis urusan kerja SPB berkesempatan ke Bon kecil mingguan yang diadakan pada setiap minggu pada hari jumaat. Setibanya SPB di tapak pertandingan rupanya ramai kenalan SPB dari sebelah Utara dan Selatan Tanah air yang turut serta berada di game pada hari itu... Antaranya sahabat dari Kedah Cikgu Zanora, Sahabat-sahabat dari Langkawi Abang Ishak dan rakan-rakan tidak lupa Saudara Adham serama Sri Gading yang datang bersama-sama sahabat dari Indonesia.
Ada sedikit rangkuman cerita perjalanan SPB ke game mingguan Taman Orkid pada 23 Disember 2011...
Game kecil mingguan (kontes minggu) Kelantan adalah salah satu menu mingguan bagi peminat haiwan peliharan seperti burung dan ayam serama. Pertandingan kemerduan suara burung telah sekian lama bertapak di Taman Orkid ini dan kini taman orkid sudah ada menu baru dengan adanya pertandingan ayam serama bagi menghidupkan seni permainan rakyat. Di negeri Kelantan rakyatnya bukan sahaja terkenal dengan pertandingan suara burung malah banyak lagi pertandingan haiwan yang menjadi permainan mereka antaranya pertandingan Suara Cengkerik dan Suara Belalang sungguh unik bukan?.
Okeylah kita tinggalkan dulu dengan acara-acara lainnya, kita fokus balik kepada game Ayam Serama Taman Orkid. Oh ya... saya ada bertanya kepada pihak penganjur bagaimana mereka boleh menganjurkan pertandingan sebegitu kerap dan hadiah bagaimana?
Dan jawapan penganjur mudah sahaja.... kita berkongsi dengan sahabat-sahabat yang sama minat... beli hadiah sekadar ole-ole untuk bawa pulang kepada pemenang dan yang penting sekali kami semua dapat berjumpa setiap hujung minggu dan bertukar-tukar pandangan dalam hal Ayam serama ni... selain kami menambah-nambah pengetahuan, kami juga boleh menambah pendapatan. Apa yang penting kata penganjur lagi, Hobi ini mesti dihidupkan kembali. Dan yang pasti ramai pemain baru yang sudah mula berjinak kembali kedalam arena hobi ini.
Tapak Taman Orkid ini memang sesuai sekali untuk acara pertandingan haiwan... kawasanya juga luas.
Antara peminat-peminat ayam serama yang hadir pada hari tersebut.
di meja pengadilan....
Bahagian Urusetia......
Ayam sedang dinilai... oleh pengadil.
Antara hadiah yang di sediakan oleh penganjur dengan yuran pendaftaran
RM20.00 seekor untuk setiap kategori.
Juara Ayam Muda....
Naib Juara......
Apa yang saya dapat perhatikan game kecil Taman Orkid ini hanya berlangsung selama 4 - 5 jam sahaja. Saya agak teperanjat dengan jumlah penyertaan sebanyak hampir mencecah 120 penyertaan. Fuhhh! bagi saya yang agak selalu ke game ayam serama seperti tidak percaya penyertaan yang sebegitu banyak boleh selesai dengan begitu cepat.... kalau di sebelah utara pukul 2. baru nak tutup meja penyertaan, pukul 4 baru nak bagi cabutan betuah dan pukul... 5 baru nak buat BOTB sudahnya.. game kecil pun kena balik pukul 6 petang.... di sini (Kelantan) game kecil 12.30 tgh dah siap semua... pukul satu dah ada kat rumah untuk bersiap untuk solat jumaat, macam mana? boleh??
Okey macam mana rahsia nak kasi game habis cepat, group-group penganjur kena la berguru dengan orang Kelantan ni... macam mana dia orang bikin.... hehehe.
Sejuta tahniah dari SPB kepada pihak penganjur dengan penganjuran yang seperti ini, SPB dapat rasakan hobi ini akan terus maju dan melangkah kehadapan serta akan menarik lebih ramai peminatnya ke seluruh dunia. Semoga Hobi lumayan ini akan terus berkembang dan terus gemilang.
Okey lah.... cukup sekadar itu dulu info yang nak SPB kongsikan... ada lagi ceritanya tapi nantilah dilain posting. SPB ada buat sesi Terjah Reban dengan beberapa orang Sahabat di Kelantan kalau berkesempatan nanti SPB postingkan yerr... Tunggu...!!!
Jumpa lagi.... bye...bye!!
No comments:
Post a Comment