Assalamualaiku dan Salam sejahtera..!!
Bertemu kembali... setelah menempuhi minggu-minggu yang agak sibuk hari ni teringin nak buat postting baru, tapi ape kita nak cerita yerr? takde benda yang penting sangat pun cuma dah lama rasanya SPB tak turun ke bon, last sekali di Taman Orkid itu pun datang melawat jerr takde peluru baru.... Apa agaknye perkembangan kawan-kawan di sebelah Utara, agak sudah lama SPB tak bertanya khabar dengarnya reban Che Mat Kulim (Otai) dimasuki pencuri, beliau kehilangan dua pasang pembaka reban...ish..ishh masalah jugak kalau orang dah tahu kita bela ayam serama ni rupanya.
Seingat SPB kes kecurian ayam serama ni memang dah banyak berlaku malah kalau dizaman kegemilangan hobi ni dulu, sampai buat report ke balai polis... tapi sekarang ni kurang sikit, mungkin benda ni akan berlaku lagi tak mustahil. Yang pening kepala tuan punya ayam, mana taknyerr berhabis duit kita membeli ayam tahu-tahu di bawa lari dek 'kucing kepala hitam' mak aii, rugi bukan kepalang. Seingat SPB tahun lepas saja hampir 5-6 orang sahabat mengadu kehilangan ayam, ape nak buat ? kata sahabat pada SPB mungkin dah takde rezeki, tak buat report ke? tanya SPB lagi. "Takde" katanya, malas nak panjang-panjang cerita. Apa-apa pun SPB rasa kalau dah rasa kerugian baik dibuat report saja, mana lah tahu kalau-kalau dibelakang hari terjumpa orang yang mengambiknya, senang nak buat claim kat balai. Yerr Dok??
Ada lagi sorang sahabat, lepas jerr ayam kesayangannye kena rembat penyamun, dia terus tutup buku... dah tak mahu main ayam. Katanye dah serik, dah putus harapan... mana idok nye, itu la satu-satu nye ayam yang dibawa bertanding kesana kemari... alih-alih dah kena rembat... baka pun tak sempat turun lagi... simpati betul SPB pada sahabat ni.
SPB bersimpati dengan mangsa-mangsa kecurian ni semua, mana la tahu hari ni hari mereka.... esok lusa harap-harap jangan berlaku kat diri kita pulak....mudah-mudahan tak jadi camgitu. (SPB pun risau, reban dah makin penuh, bunyi ayam dah makin kuat, ini boleh membahayakan reban dan amat terdedah kepada penyamun) huhuhu...!!! mintak simpang..... walaupun ayam SPB tak seberapa nilainye.. tapi sayang jugak kalau di rembat penyamun..
Pesanan untuk semua sahabat berhati-hati selalu dan kalau boleh tingkatkan lagi ciri-ciri keselamatan reban anda, agar tidak mudah dihampiri penyamun.... Iklas dari SPB.
Update Ayam terkini SPB.
POPO namenye.... sahabat karib yang beri nama,
Ayam nii masa anak B, takde sapa pun yang berminat.... masuk muda baru nak mari gaya....
simpan dulu NOT FOR SALE !!
Gaya nii dalam kedudukan biasa ....
Ayam Muda Baka Reban Sendiri.... Alhamdulillah syukur!!!
Terima Kasih pada Cg. Zul kerana jualkan pembaka asal kepada saya.
Bye...bye !!
No comments:
Post a Comment