~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Thursday, May 10, 2012

Ayam Serama: Bon Kecil Pulau Pinang






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Hari ni just nak update game Penang island Teluk Tempoyak.. Tempat yang SPB rasa cantekk sangat kalau bawa keluarga bercuti.... selain dari permandangan indah, makanan laut, serta suasana kampung yang masih tegar akan terasa bila berkunjung di sini.... walaupun terletak berhampiran dengan kawasan pembangunan yang pesat membangun namun keindahan pantai di Teluk Tempoyak memang berbeza sekali...

Lokasinya juga tidak jauh dengan kawasan pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang tempat ini agak mudah di kunjunggi... SPB rasa nak datang lagi bawa keluarga bersantai... selain itu lokasinya juga berdekatan dengan muzium Perang Penang dan Pusat Aquarium (pusat pengumpulan pelbagai spisis ikan) nice hah...!










Saya tak pasti sama ada homestay kat area ni, tapi rasanya ada restoran makanan laut di sini yang menyediakan pelbagai anika makanan laut... best..best.!!


Game......

Okey cukup untuk info tadi.. mari kita ketajuk utama game penang yang diadakan di dalam Pulau. Saya difahamkan sudah lama tidak di adakan Bon di dalam Pulau, dan ini merupakan penampilan pertama Geng SBD membuat kemunculan semula mereka untuk memertabatkan lagi hobi lumayan ini dengan turut serta menganjurkan pertandingan Ayam Serama pada tahun ini. Syabas di ucapkan.....!

Dengan jumlah penyertaan lebih dari 130 ekor ayam dari  pelbagai kategori ini sudah cukup untuk geng SBD tersenyum kerana anjuran buat kali pertama mendapat sambutan yang agak baik .... Selepas ini mungkin akan diadakan lagi Bon kecil di sini lagi kata pengerusinya.... selepas ditanya apa perancangan geng SBD selepas Bon Sulong ini. Kata mereka lagi dalam masa terdekat mungkin sebelum puasa akan di adakan game kecil di sini lagi, selepas ini. Objektif utama mereka juga tercapai apabila dapat menarik ramai pengunjung dari kalangan penduduk setempat yang sudah mula berminat dengan hobi lumayan ini... Good Job !!

 Antara peminat ayam serama yang turut menjual ayam dari reban mereka....

Hahaha.... apa yang di sembangkan tu.... Poster Terbaik Dari Reban turut di jual...

 Sebahagian dari sangkar yang menganbil bahagian.



Pengiraan markah 



 Ayam SPB (POPO) pun ada bawak balik hadiah... Markah sama dengan No. 3 




 BOTB ayam Khiri Sik Kedah





 BOTB Kategori Tanpa Lawi.... Sama Kategori POPO hahaha




Pesaing hebat ayam Muda dari Kelante..... kalah dengan kiraan satu mata sahaja.

Ayam Kategori Remaja turut diberi tumpuan pada kali ini.....!

kesudahannya.... semua nampak line clear ... takde banyak masalah dan dianggap berjaya untuk 1st timer. Ape pun SPB ucapkan Selamat maju jaya kepada Geng SBD dan semoga dapat memartabatkan lagi hobi lumayan ini di mata Dunia.... Terbaekkk Bro!!!



Jumpa lagi untuk update game yang lain.... bye.. bye!!!




No comments:

Post a Comment