Assalamualaikum dan Salam sejahtera.... Lama SPB tak mencari maklumat tentang Ayam serama tah macam mana pagi ni godek-godek keyboard keluar la pulak kisah sejarah ayam serama so SPB paste kan jerr dalam ruangan sembang kali ni... kalau minat nak tahu boleh baca tak nak sudah... hehehe!!
Sejarah Ayam Serama di Malaysia
Ayam Serama Malaysia merupakan sejenis baka yang agak baru. Sejarah
dan asal usulnya yang tepat tidak jelas. Terdapat lagenda yang
mengatakan ia merupakan keturunan dari pembiakan silang di antara burung merpati dan ayam.
Cerita lain mengisahkan asal bermula dari pemberian hadiah ayam katik oleh Raja Siam kepada sultan tempatan pada zaman dahulu. Serama dipercayai berasal dari Kelantan, sebuah negeri dalam persekutuan Malaysia (berdekatan bersempadanan dengan sempadan Thailand di pantai timur).
Baka moden ayam Serama dipopularkan oleh Wee Yean Een dari Kelantan,
yang memberi nama "Serama" bersempena dengan Raja Sri Rama, sebuah watak
di dalam Wayang Kulit.
Baka ini pertama kali dipamerkan pada tahun 1990.
Tahun 2000 merupakan
kemuncak popularitinya di Malaysia. Baka ini terjejas teruk semasa wabak
selselema burung
pada tahun 2004 apabila lebih dari 50,000 ekor serama telah dihapuskan.
Walaubagaimanapun, baka ini mendapat kembali kemahsyurannya di Malaysia.
Tidak terdapat penulisan piwaian bagi baka di Malaysia, maupun
sebarang tradisi persatuan ayam. Kebanyakan maklumat difahami oleh
penternak dan disebarkan secara lisan. Ramai penternak memiliki stail
atau jenis yang mereka ternakkan, tetapi sering kali penternak menyimpan
beberapa stail. Stail ini sering kali dinamakan sempena gambaran darah
keturunan jaguh (contohnya. Husin, Mat Awang), dan juga bentuk umum,
ciri-ciri atau kelakuan (contoh. bentuk kurus, bentuk bola, bentuk naga,
teleng, stail robot).
Dengan itu terdapat banyak kepelbagaian di
Malaysia. Kesemua stail berlainan berlawan sesama sendiri dalam
pertandingan meja terbuka (sering kali digambarkan sebagai "pertandangan
cantik") dan dihakimi oleh para hakim.
Serama Malaysia tidak terhad oleh satu set piwaian di negara asalnya,
ini adalah mengapa Serama Malaysia telah berubah begitu banyak dalam
tempoh singkat dan masih berubah sehingga sekarang. Terdapat usaha bagi
mengesa satu badan rasmi menentukan set piwaian bagi pelbagai stail.
Bagaimanapun, sesetengah orang Malaysia menegaskan bahawa piwaian tidak
patut ditentukan kerana ia akan menghadkan baka.
Salah seorang penternak
ayam Serama yang berpengaruh menyamakannya seperti kereta: "Reka bentuk
bagi kereta sempurna tidak ditetapkan oleh kerajaan, jadi kenapa mereka
perlu menetapkannya bagi ayam Serama. Teknologi sentiasa maju dan kita
belajar dan mereka benda baru. Jadi kenapa ia perlu berbeza bagi ayam."
Di Amerika Syarikat
Pada tahun 2001, ayam Serama pertama kali diimport ke Amerika
Syarikat oleh KJ Theodore dari Illinois. Jerry Schexnayder dari
Louisiana mengimport kumpulan ke dua. Import oleh Theodore lebih
berkualiti, mengandungi gen bagi kecil melampau. Import oleh Schexnayder
lebih besar, kekurangan gen sebegitu. Kesemua ayam Serama di Amerika
Syarikat merupakan keturunan langsung dari import asal ini.
Ayam Serama
kemudian dijaja oleh persatuan yang diasaskan oleh Jerry Schexnayder,
pemain utama bagi serama, dikenali sebagai Majlis Serama Amerika Utara
("The Serama Council of North America - SCNA"). Majlis ini pertama kali
memperkenalkan ayam Serama ke Amerika Utara dalam pelbagai pertunjukkan
Ayam Kebangsaan.
Pada musim bunga 2004 ayam Serama mencapai mercu tanda
bilamana ia mempunyai pertunjukkan ayam Seramanya sendiri yang dikenali
sebagai Klasik Cajun ("Cajun Classic") di Baton Rouge, Louisiana. Pada
masa itu ayam Serama masih pada titik penting penubuhannya. Kini dengan
ayam Serama semakin popular, ia mula mencipta namanya sendiri.
Ayam Serama sedang dalam proses penerimaan oleh Persatuan Ayam
Amerika ("American Poultry Association") dan Persatuan Bantam Amerika,
dengan perjumpaan kelayakan pertama diadakan pada 2011. Ayam Serama di
Amerika Syarikat telah menjadi pertikaian mengenai apa yang dianggap
ideal atau piwaian yang perlu diterima.
Dua corak pemikiran telah
diamalkan bagi menternak ayam Serama samaada ia patut kekal stail
Malaysia atau samaada ia perlu menyesuaikan dengan citarasa Amerika.
Ideologi kedua telah menjadi peneraju dalam penternakan ayam Serama di
Amerika, menengelami "perlumbaan bagi penerimaan" pada tahun 2010 dengan
perjumpaan kelayakan pertama.
Di Eropah
Ayam Serama mula diimport masuk ke UK sekitar 2003-2004. Ayam Serama
ini diimport dari Amerika dan secara langsung dari Malaysia. Asas
kawanan ayam Serama di UK terdiri daripada hanya beberapa dozen ayam.
Pada tahun 2005, sekumpulan kecil pemilik ayam Serama dan peminat
memutuskan untuk Kelab Ayam Serama British <refKelab ayam Serama British</ref>,
kelab ayam Serama pertama di UK. Mereka menubuhkan piwaian bagi baka
Serama Inggeris. Akhirnya pada tahun 2008, kelab ini telah diiktiraf
secara rasmi sebagai kelab penternak gabungan dengan Kelab Ayam Great
Britain.[1]
Ayam Serama masih agak jarang dan mahal sebahagian besar tanah besar Eropah. Belanda
mungkin memiliki bilangan ayam Serama terbesar di luar UK. Kebanyakan
baka di Belanda adalah keturunan dari ayam / telur yang diimport dari
Amerika dan dari UK.
Ciri-ciri umum
Ayam Serama merupakan ayam teringan di dunia. Biasanya bawah dari
500g, tetapi dengan ayam yang lebih kecil bawah 250g telah dibiakkan di
negara asalnya Malaysia. Ayam Serama bercirikan oleh bentuk badan tegak
mereka, dada penuh, bulu ekor ditegakkan dan rapt pada badan dan sayap
mendatar dipegang hampir mencecah tanah. Di Malaysia ia digambarkan
sebagai pahlawan berani dan ayam malaikat, kerana penampilan mereka
menyerupai manusia.
Pembiakan
Secara keseluruhan ayam Serama adalah ayam yang agak mudah untuk
membiak. Selepas bertelur ia mengambil masa lebih kurang 19-21 hari
untuk anak ayam terbentuk dan menetas. Anak ayam lebih lemah pada suhu
sejuk berbanding baka lain kerana bandingan saiz badannya yang kecil.
Selepas menetas ia mengambil masa 16-18 minggu untuk ayam matang dan
mencapai titik di mana ia sendiri sudah boleh mula bertelur. Telur
Serama bukanlah baka yang mudah untuk menetas dari telur
dan ada beberapa hipotesis mengenai hal ini; pembiakbakaan dalam sesama
sendiri mungkin salah satu sebabnya, yang lain adalah kemungkinan telur
agak kecil (mungkin menghampiri had terendah yang mungkin bagi
menghasilkan telor yang mampu menetas).
Kebersihan yang baik, tatarajah
pengeraman dan penternakan stok induk adalah kritikal bagi kejayaan.
Saiz am telur tidak terlalu besar, saiz telur biasanya antara 2 hingga 3
biji telur puyuh biasa atau 4 hingga 6 biji bagi telur Serama yang
menyerupai saiz dan ketumpatan dengan sebiji saiz telur ayam piwaian.
Ayam yang lebih kecil kemungkinannya bertelur yang lebih kecil tetapi
terlalu kecil untuk berkembang.
(rujukan Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.)
No comments:
Post a Comment