~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Friday, June 22, 2012

Sembang Serama: Jatuh Bangun Hobi Serama.!!


 Hobi jugak ni... (bawa binatang jalan2 naik motor)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera....

Dah agak lama tak menaip jenis panjang-panjang jadi rasanya tak payah lerr nak mukadimah sangat-sangat pun, tertiba jerr teringat nak menaip "sesaat kau datang" Ramlah Ram la pulak.. So hari ni SPB saja nak highlight satu isu yang SPB rasa dah ramai blogger serama yang lain dah utarakan SPB cuma nak kongsi-kongsi jerr kalau ada yang terasa mintak maaf dulu siap-siap ye...

Entah macam mana selepas SPB terbaca satu petikan artikal blog daripada seorang sahabat... SPB rasa ada benar apa yang ditulisnya... di sini (Klik) dan SPB pun nak ambil ayat dari seorang lagi sahabat "kita kenal kerana serama, kite ditemukan kerana serama gak.." tapi jangan lah nanti kita begaduh pun pasal serama jugak yerr dokk? 

Jadinya memang benar kita ni sekadar nak main hobi jadi tak perlu sampai bergaduh-gaduhan... teringat lagi kata seorang otai..."kita ni  kalau mencari hobi kena la beringat, kalau silap haribulan bukan menambah kenalan tapi menambah musuh pulak" ha... ape kes?

Banyak faktor yang sebenarnya menyebabkan benda-benda salah faham dan tak puas hati ni terjadi. Apa yang penting kejujuran dan bersangka baik. Bab harga ayam pun kadang kala boleh berbalah... Bagi SPB biar harga ayam tu semahal macam mana pun empunya ayam nak jual, kita janganlah terkasima sangat. Mungkin Tuannya sebenarnya tak nak jual lag,i sebab itu taruk harga tinggi-tinggi. Kita kena faham, nak dapat ayam yang betul-betul elok dan cantik bukannya senang, dah dapat orang nak harga murah-murah sangat memang tak patut la.... Tapi kalau mahal pun agak-agak la jugak yerr! Tapi SPB rasa bab harga ni terpulang jugak pada penjual, kadang mungkin dengan si anu jual mahal... dengan orang lain jual murah pulak apa pun SPB rasa benda ni boleh dibawa bincang.... Kita manusiakan mesti ada hati dan perasaan jugak. ( SPB ada terbaca "orang yang suka haiwan peliharaan ni orangnya penyayang) yerr ke??

(sekadar gambar hiasan) Tapi simbolik juga yerr! Persahabatan...


SPB memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau tersalah taip... apa yang lebih penting semoga hobi serama ini akan terus berkembang dan menjadi warisan zaman berzaman... Tiada persengketaan dan bermasam muka dan semoga hobi ini dapat menyatukan antara Malaysia dengan kejiranan yang lain... semoga ukhwah dapat dieratkan lagi dengan semangat Hobi Serama Mania!!

Sebagai penutup kata, "berkawan biar ramai, musuh jangan dicari, iklas dan jujur semai dihati, kelak senang dikemudian hari" perhhh pantun la pulak...!

Jumpa lagi bye.. bye!!


No comments:

Post a Comment