~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Friday, June 1, 2012

Sembang Serama: MyChick....!



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bertemu lagi dalam ruangan sembang serama buat kali ini... dah agak lama SPB tak menaip dalam sembang serama ni.... Sekarang ni pun SPB dapat lihat ramai blogger dah buat segment camgini... ok la, maksudnya perkembangan blog dalam industri ayam serama semakin meriah dan berkembang dan idea-idea baru makin banyak dan boleh dikongsikan bersama. terbaekk!!!

Okey, untuk segmen sembang serama kali ni SPB nak ajak sahabat serama berbincang mengenai perlu atau tidak ayam serama ini di keluarkan certificate (Sijil kelahiran) contohnya baka ayam dari mana dan baka apa. Seperti Ikan Arwana, Kucing dan Anjing. Adakah benda begini menjadi satu masalah yang besar? atau ada halangan-halangan lain? Kalau boleh mari kita kongsikan bersama.

Mungkin ada peminat kucing atau Arwana yang nak beri beberapa tips, mungkin ini boleh menjadi bahan rujukan kepada peminat Ayam Serama juga.

Okey ini contoh jerr... jangan ade yang kata SPB nak jual ID pulak... hahaha

Pensijilan ayam serama mungkin tidak sesuai bagi ayam serama yang harganya tidah mencecah ribuan ringgit. Tetapi bagi harga yang tinggi seperti RM1k keatas amat berbaloi kalau dapat beli ayam berserta sijilnya... Apa komen anda??

Pertama - Pembeli akan mendapat kelebihan tentang Baka ayam. (pure) Ambil dari tuan punya reban.

Kedua - Pembeli boleh menceritakan susur jalur keturunan pembaka. Takde lah bila orang tanya...

" Baka sape ni? entah saya beli di Negeri tu... baka negeri tu... tapi tak tahu ayam sapa?" Apa kah....hehehe

Ketiga - Haha... ini penting.... bila kita beli dengan Otai Serama... jadinya nak jual ayam pun tak banyak sikit nak jugak kena guna nama otai.... kalau tak, tanya harga pun orang dah lari.... (pengalaman sendiri) Walaupun kita ambil sendiri di tangan otai tapi... kalau takde certificate susah jugak.. yerr dok???

Keempat - Walah weii.... Ayam Kita dah sampai import ke negara luar, tak kan kita tak nak promosi barangan Malaysia kut. Satu Malaysia ma!!!

Ape-ape pun banyak lagi.. sebenarnya yang nak di taip ni... tapi SPB bagi contoh jerr sikit kat sini.. mungkin kalau ada respon SPB sambung lagi.. tapi kalau takde, takpe kita citer tajuk lain.... okey geng!!

Sampai disini dulu. Jumpa Lagi.....!!! 

Bye...bye!!




No comments:

Post a Comment