Assalammualaikum dan Salam sejahtera...
Selamat menyambut Tahun baru SPB ucapkan... walaupun agak terlewat untuk SPB ucapkan dah pun 7 hari berlalu... Pejam celik kita telah masuk ke tahun baru dan ramailah yang berazam sama ada azam baru atau memperbaiki azam lama walau apa sekali pun diharap kita berusaha untuk menjadi yang lebih baik biar pun tidak sempurna namun percaya dengan apa yang dilakukan inshaAllah akan menemukan kejayaan....
Perhhh... pembuka kata yang agak boring... kan??
Biarkan... entah kenapa pagi ni menaip keluar benda-benda ni semua... mungkin disebabkan SPB jadi MC di pembukaan perhimpunan bulanan di jabatan pagi tadi kut... hahaha terbawa-bawa lagi.
Apa-apa pun SPB hari ini masih mahu fokus pada breeding ayam serama dan pelaburan ternakan serama,
Sudah agak lama SPB tak buat isu bual serama... so kali ni SPB nak berkongsi dengan pembaca dengan isu Serama sumber pendapatan lumayan.
Pagi ni SPB ada terbaca Harian Metro dalam ruangan Argotek. dengan tajuk "Arowana Ong" memang tidak dinafikan penjualan Arowana telah mendapat pengitirafan pihak kerajaan khususnya dalam mengeksport ke luar negara antaranya China, Thaiwan, Jepun, Vietnam, Thailand dan Singapura dengan nilai Eksport RM444j tahun lalu. Boleh dikatakan setiap bulan kira-kira 2,000 benih anak ikan dieksport ke negara China dan secara tidak langsung ia menjadi penyumbang sebagai satu bidang berkepentingan tinggi di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara sehingga tahun 2020 dalam kategori Ikan hiasan.
(Arowana Ikan hiasan Lumayan)
So... jadinya apa yang nak SPB kongsikan adalah kenapa agaknya Industri Ayam serama kita ini tidak dapat diketengahkan ke dunia luar seperti industri Arowana....?
Sememangnya kita sedia maklum ada negara yang tidak membenarkan haiwan yang boleh menyebabkan wabak penyakit seperti bird flu dan sebagainya menular, okeys kita faham! namun sekiranya melalui proses yang betul atau saluran tepat dan pembabitan pihak kerajaan SPB rasa ia lebih mudah diterima dan diiktiraf dunia. Sekiranya Arowana Malaysia dapat menyumbangkan RM600 juta kepada pendapatan kasar negara selain mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan mengapa Ayam Serama Malaysia tidak boleh menyumbang kepada Pendapatan negara dan membuka peluang pekerjaan.
Okeys...! tak perlu jawab persoalan itu, cuma tepuk dada tanya selera... SPB juga tidak memerlukan cadangan di sini ... nama pun isu sembang serama... namun begitu SPB hanya menyuarakan pandangan SPB mengapa tidak Hobi Ayam Serama Malaysia ini di ketengahkan kepentas dunia seperti Arowana... jangan nanti bila sudah ada negara lain yang telah mendahului kita baru nak tepuk dahi.... ingat Ayam Serama mudah dibiak.... sekiranya Malaysia bersikap sambil lewa mungkin produk Ayam Hiasan ini akan hanya menjadi lagenda seperti nama Jalak Lenteng akan hilang baka Tok uban, baka Ara, Lanun dan lain-lain ia akan terus menjadi sekadar hobi mainan orang kampung sahaja.... wallahhuaklam...!
Sebagai penutup mungkin ada pembaca blog SPB membuat bermacam andaian dan tak kurang juga yang mengutuk artikal ini... well itu semua tak jadi hal pada SPB, selagi penulisan ini jujur dari hati SPB untuk melihat perkembangan dunia serama ke persada dunia... kata lah apa pun ia tidak merubah pandangan SPB. Bermula dengan persatuan... kuatkan persatuan negeri masing-masing, jangan ada yang berpecah belah.... hangatkan BON yang dianjurkan... ramai-ramai kita bersatu dan kepada kelab yang menyinar jangan sembunyi diri.... dedahkan kepada umum akan kewujudan anda supaya membuka mata semua pemerhati.... semoga ia menjadi realiti.... di tahun 2013..!!
Terkenang dekat ayam kita nie...!
Apa jadi lerr sekarang ni.... yg pasti mesti jadi ayam.
Good idea! tapi kena wat kertas kerja & bentang dekat Noh Omar dulu... yakinkan dia! hehe... tak pon ajak dia main ayam 1x...
ReplyDeleteBagus cadangan tu.... sapa nak bentang nanti nihhh?? kepada yang bekenaan sila take note...! Rasanya Dato Noh dah maklum pasal keujudan Ayam Serama nih... cuma sikit lagi pendedahan rasanya boleh on terus kut. TQ serama hi-tech atas komen anda!
ReplyDelete