Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bertemu lagi dalam ruangan sembang serama harap-harap pembaca blog SPB tidak bosan dengan penulisan suka-suka hati SPB selama ini.... biar pun sekadar suka-suka tapi Alhamdulillah agak ramai yang dapat SPB pelajari sepanjang menaip didalam blog antaranya dapat bertemu dan berkenalan dengan ramai sahabat baru dan Otai dalam dunia serama.. dan SPB amat berbesar hati dengan semua kenalan baru dan lama yang bersama bergiat dalam hobi memelihara ayam serama... piss Yo!
Okey lah untuk sembang serama kali ini SPB masih lagi tak dapat nak upload gambar-gambar terbaru di game Penang yang telah berlangsung dalam suasana yang meriah. Biar pun Sekadar Game kecil, Bon pemanas, namun sambutan di game Penang agak ramai dengan jumlah melebihi 170 penyertaan untuk game "kecik-kecik anak" namun ia meninggalkan kesan yang baik buat permulaan tahun baru bagi kelab serama Penang khususnya.
Walaupun ada sedikit haru biru bila mana ayam salah seorang sahabat iaitu Saudara Hairi Sik (salah seorang Otai Utara) telah kehilangan ayam tambatan yang telah memenangi banyak game di Semenanjung Malaysia... Ayam yang bertaraf legend ini telah di curi ketika berlangsungnya acara Raja Kebas/Kibas bila mana semua peserta dan orang ramai sedang asyik melihat acara yang sedang berlangsung dan ketika itulah ayam milik saudara Hairi Sik di rembat (dicuri) malah ketika kejadian SPB duduk bersebelahan Saudara Hari yang turut sama bertanding dalam acara Raja Kebas. (takziah saya ucapkan kepada saudara Hairi Sik)
Ayam Ara Khairi Sik
Ayam Ara kepunyaan Saudara Khairi ini pernah ditabalkan BOTB di beberapa Game termasuk di Kelantan pada tahun lepas. Gambar yang tertera adalah BOTB di game Ipoh RTC juga tahun lepas.
Jadi isunya di sini adalah selepas ini semua player-player kena lebih berhati-hati dengan keselamatan ayam ketika di Bon-bon yang berlangsung bukan nak kata apa... sekadar ingat-mengingati ayam yang dibeli bukan lah sedikit nilainya.. jadi berhati-hati lah semua selepas ini. Mungkin pekara ini terpencil namun ia boleh menjadi luka yang dalam kepada pemilik ayam. Kepada player semua berjaga-jaga. Mungkin sebelum ini kita kurang ambil kisah tapi selepas kejadiaan ini ia menjadi pengajaran kepada semua.
Sampai disini dulu SPB menaip berhenti untuk makan malam...
InShaallah ada kelapangan akan di upload gambar-gambar di Bon Penang. Memandangkan Space memori blogspot SPB masih blom upgrad jadi tak banyak yang boleh diupload mungkin bila dah upgrad nanti SPB dapat berikan gambar yang lebih banyak.
Oh ya... Untuk Tahun 2013 SPB dalam perancangan untuk membuat Poster terbaru iaitu Poster "Best Of The Best 2013!" yang mana semua ayam-ayam lagend yang pernah dinobatkan BOTB tahun 2012 inshaallah akan di cetak. Tunggu dan sabar yerrr!!
Terkini di reban SPB Baka Peon adik kepada Torres ayam Anak C. Romeo
No comments:
Post a Comment