~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Friday, March 18, 2011

Ayam Serama:Tips hari ini!!! Untuk orang baru



Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Untuk hari ni takde edisi terjah reban just nak kongsi cerita je... banyak saya dapat call dan msg bertanyakan dimana, bagaimana dan macam mana nak dapat ayam murah dan tak kena tipu...

Huh! kalau semua msg saya nak kena jawab dan balas, jawabnya tokey ayam pun jual reban....sapa la agak2 nak tolong topup kredit hp saya ni... kekeke! begurau ok!

So... camgini lah, saya buat terjah reban... pastu saya bagi no tel dan kadang-kadang dengan alamat breeder lagi saya kasi... tapi iya la mana kita nak tahu breeder ni tipu ke tak, betul jugak.... ! persoalannya sekarang kat mana nak dapat ayam murah dan berkualiti dan yang pasti tak kena tipu...!!! okey saya kasi tip jerr... bukan 100% berjaya ok!

1st. Mula-mula berkenal-kenalan lah dulu dengan breeder ni semua org kata merisik-risik tapi jangan semua ayam nak ditanya dari anak sampai dah siap semua nak tanya alih-alih tak jadi beli, tak angin breeder kita tu... tengok bujet kita la jugak! sebelum buka mulut tu...

2. Kalau rasa nak main ayam dah siap selalunya mahal... terus terang saya cakap. Untuk Ayam Main Game mesti ada 1k baru orang kata bergaya nak pergi game. Harapan nak dapat nombor dalam rank cerah sikit.

3. Tapi kalau rasa bujet tak cukup nak main ayam siap main remaja atau muda...! harga mungkin boleh kurang lagi... tengok potensi la.. kadang2 ayam muda lebih mahal dari ayam siap kerana ayam muda potensi masa depan lebih cerah jika masa muda lagi dah biasa dapat  nombor masa main game, jawabnya jangan ditanya harga. Dan breeder pun susah nak lepas. (jadi harganya mahal)

4. Yang saya syorkan adalah anak B. Ini adalah bujet yang paling ideal dan menjimatkan kos... so kadang-kadang kalau breeder dah banyak ayam direban jadi breeder mudah sikit nak lepas dengan harga patut-patut je.... berbanding ayam muda atau remaja.

5. Kalau beli anak A lagi bagus... dah tentu murah tetapi risiko nya... anak A lebih susah nak nampak potensi jika dibandingkan dengan anak B, begitu juga dengan Muda dengan ayam yang dah Siap. Beza memang berbeza.

Jadi pandai-pandai lah buat pilihan yang mana bersesuainya dengan duit poket anda... jangan sampai dapur tak berasap sudah lah... arr satu lagi jangan kata saya memandai-mandai buat telahan... sebenarnya duit korang, korang punya suka... yerr tak.!!! apa yang penting kepuasan mata, dan hati.....(jangan ikut hati sangat karang merana diri)

So.... itu pandangan dari saya la... kalau ada salah dan silap harap maaf dipohon... ! segala idea yang bernas boleh masuk di ruangan komen kat bawah ni... tak yah lerr masuk chatbox.... tepi tu..! nanti orang lain tak boleh nampak pasal dah tertinggal komen jauh di belakang. okey ye, kalau salah minta betulkan... kalau ejaan salah... lantak lah, ini bukan masa nak ambik kerta BM SPM okey, ini jenis taip tak pandang keybord so jangan cakap banyak....kekekke! salam.




No comments:

Post a Comment