Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Bertemu kita kali ini dengan edisi terjah reban yang seterusnya iaitu kereban seorang sahabat dari Penang yang mana ayam beliau terkenal dengan nama Kerismutiara. Tidak lain dan tidak bukan Saudara Jas Penang yang juga antara pengumpul dan peminat ayam serama dari zaman awal kemunculan hobi ini era 90an.
Keris Mutiara
Sahabat kita ni memang ramah dan mudah untuk didekati tambahan bila dah lama diajak berbual kita memang boleh cepat "in" kata mat salleh koboi. Bermula dengan modal yang agak tinggi sekitar 20k sekarang beliau boleh berbangga kerana talah banyak baka dan ayamnya menjadi pilihan dari dalam dan luar nagara.
Disini saya sediakan ada sedikit foto untuk tatapan anda semua.
Ruang reban utama (Gambar sebelah anak2 untuk peyambung baka)
Sembang Serama... Gaya Jas Penang ! (baju hitam Hazril SBD)
Latihan Petang......!
Antara yang menyengat!
Induk Utama !
Bakal mengegar kan Bon!!
Untuk peminat baru! tips untuk anda.... kalau nak cari ayam yang murah dan tak begaya ditambah menyakitkan mata lebih baik jangan dibeli. Baik kumpul lebih sedikit cari baka yang baik-baik dari tempat yang bagus-bagus agar tidak ditipu baru puas hati, puas mata dan puas dompet ! hehehe
Kadang-kadang kesian orang baru-baru, ada niat nak main ayam serama tapi bila beli ayam tak jadi langsung, habis patah semangat dan luluh jiwa lihat ayam orang lain begaya di atas meja ayam sendiri hanya tahu mematuk dan berkokok!
Apa-apa pun tips yang paling utama jangan cepat patah semangat dan bawa-bawa bersabar tuah ayam serama siapa yang tahu...!
Rating
No comments:
Post a Comment