~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Tuesday, March 8, 2011

Terjah Serama Bersama Brother Mie Pendang (Pak Sheikh)

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.... Rumah Otai serama untuk segmen terjah reban kali ni di Pendang Kedah , masih di sebelah Utara tanah air. Pertemuan pertama kali saya dengan beliau adalah di pertandingan Game Sik Kedah tiga - empat bulan yang lalu. Ketika pertama kali bertemu dulu beliau yang mula-mula menegur saya bertanyakan soalan tengah mencari ayam serama ke? kebetulan saya ketika tu tengah melihat-lihat anak B yang di jual oleh otai-otai dari Kelantan dan terengganu. Saya cuma mengganguk mengiakan, seraya beliau bekata "datang la ke rumah saya, ada bele sikit-sikit di Pendang tak jauh dah dari sini." Pelawa beliau kepada saya.

Begitulah bermulanya cerita bagaimana saya bekenalan dengan saudara Mie Pendang, dan akhirnya hari ini saya telah pun berjaya sampai ke reban beliau yang katanya "adalah bele sedikit-sedikit" hari tu.

Jangan banyak cerita.... moh kita lihat reban beliau menerusi lensa kamera cabuk saya...








Dalam duk sikit-sikit tu... rupanye banyak sungguh.... "itu pun dah ramai yang datang minggu lepas datang bawa balik ole-ole, kalau tidak penuh reban" kata saudara ni, bila melihat mulut saya melopong ... Perhh banyak gilerr!!! anak A anak B cakap jerr itu blom lagi yang nak masuk ketogeri ishh banyak sungguh!

Yang best lagi brother mie kita ni jual induk pun harga memang berpatutan, saya ada ambik seekor induk muda selam..  nanti saya pose gambar nye ye.....! 







Selain ayam serama beliau juga buat breeder burung merpati, bila saya tanya soalan ade ke orang buat kawen serama dengan burung merpati..? Brother mie sengeh jerr entah dia pun tak tahu, tak pernah lak nak buat katanye... tapi kalau pikir-pikirkan gaya lebih kurang jerr saiz pun sama. Kalau ade sesiapa yang pernah buat sila beri tahu saya yerr!!! ape cerita?

Ada hampir 10 jenis merpati yang di buat breeder oleh Brother Mie, " alhamdulilah merpati pun pasaran baik sekarang ni....." balas Mie bila di ajukan soalan tentang jualan dan ternakan merpati.








Okey untuk penutup cerita brother mie kita ni memang otai lama dan berpengalaman walaupun ade berenti sekejab tapi masih ada memelihara biar pun sedikit tapi tak putus , bela burung pun macam tu.... orang kata tak ade banyak sikit pun jadi lah. Sekarang dah ada banyak ape pun berkat sabar, Kalau nak di ikutkan memang beliau bukan yang suka ikut turun game tambah-tambah di kebelakangan akhir-akhir ini banyak keje katanya jadi dia kurang nak jaga rapi dan simpan ayam yang boleh di bawa turun main, kalau ada kawan yang mahu dia tak reti nak menolak tetapi sekurangnya dia tahu pada sapa ayam nak diberi. Banyak juga ayam-ayam brother mie dibawa ke game dan ada nombor biar pun tak chempion, Pendek kata memang berbaloi lah melawat reban Brother Mie Pendang kali ni.... banyak benda dapat saya belajar dari breeder ayam hingga ke burung merpati saya sapu "lam sum" tanya habis memang best... Dapat pula induk submerin lagi bebaloi.. kehkehkeh

Kepada sesiapa yang baru berminat nak bela ayam serama saya syorkan ke reban ini. harga boleh kawteam.....  baka yang ada antaranya Limbat, Geliga, submerin, Limau Madu... dll . 

Call Mie Pendang atau 'Pak Sheikh' nama komersial 
0195439255

rating




No comments:

Post a Comment