~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Tuesday, July 5, 2011

Kemana Arah Tuju Ayam Serama Malaysia???


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....


Sebagai pembuka kata, saya ingin meminta maaf terlebih dahulu
sekiranya susun kata saya kurang disenangi oleh pihak pihak tertentu.

Kemana Arah Tuju Serama Malaysia ..?? Persoalan ini selalu berlegar

didalam fikiran saya sejak akhir - akhir ini, bila memandangkan minat
rakyat Malaysia terhadap Ayam Serama ini. Kebelakangan ini dapat
dilihat dengan jelas bahawa hobi membela Ayam Serama ini telah
menjadi satu industri yang boleh mendatangkan keuntungan yang amat
lumayan kepada beberapa induvidu. Orang ramai berduyun duyun membeli berbagai bentuk rupa Ayam Serama dan disaat inilah pihak pihak yang berkepentingan mengambil kesempatan menggaut keuntungan diatas kegilaan orang ramai terhadap Ayam Serama.

Disini saya ingin mengajak pembaca pembaca semua merenung kembali,
dimanakah taraf atau "standard" Ayam Serama kita ..? Macam manakah rupa bentuk sebenar Ayam Serama itu sendiri, saya rasa sehingga saat ini belum ada lagi satu piawaian yang betul - betul boleh kita pakai bagi memperakui bahawa itulah bentuk sebenar Ayam Serama. Kalau ditanya kepada orang ramai bentuk sebenar Ayam Serama, kebanyakkan nya akan berkata ayam tersebut mestilah kecil dan ringan serta mendada, ekornya mencecah kepala, kokoknya nyaring dan pendek (tidak mendayu) ... tapi betul kah kenyataan tersebut ?? Saya pasti tidak seorang pun berani mengatakan itulah dia "standard" atau piawaian Ayam Serama sebab kalau silap-silap haribulan Ayam Bhara, Kapan malah Katik pun kalau diubahsuai serba sedikit akan menepati ciri-ciri yang dinyatakan diatas tadi walaupun tidak 100%. Bagi orang yang baru menceburi bidang ini atau yang kurang faham sudah tentulah akan tertipu.

Pada pendapat saya, sekarang ini kita mestilah perlu duduk berbincang

tidak mengira dari persatuan mana sekali pun bagi mencari kata
sepakat apakah "standard"/piawaian yang perlu kita gunakan. Mungkin
kita boleh merujuk kepada beberapa model yang terkenal buat masa ini
untuk kita jadikan rujukkan. Pihak berkuasa seperti Jabatan Haiwan
Malaysia bolehlah memainkan peranan yang lebih pro aktif dalam
menjayakan cita - cita ini. Apabila sudah mendapatkan kata sepakat,
maka setiap peminat diMalaysia ini mestilah mematuhinya setiap
peraturannya dan diharap dimasa akan datang tidak adalah lagi Ayam
Bhara pun dipanggil Ayam Serama.

Contoh mudah yang boleh saya berikan (contoh ajer ni !!) ... baka

Ayam Serama , sehingga kini katakan ada 3 jenis baka terpilih iaitu Darah Hijau/Merak, Darah Merah & Rinting Murai .... jadi bolehlah kita gunakan ini sebagai salah satu daripada jenis Ayam Serama. Lepas itu kita ambil pula baka dari Hussin Kijang yang lebih terkenal dengan baka 2000 dan begitulah seterusnya. Pilih baka - baka yang telah diakui hebat dan iktiraf kehebatan tersebut. Cara ini samalah juga pada kes kucing maupun anjing, buat masa ini kita ada kucing Parsi, Siam dan lain-lain lagi begitu juga dengan anjing ... kita ada baka Bulldog, German Sharperd dan lain lain. Kalau Bulldog dikawinkan dgn G. Sharperd maka anjing itu bukan lagi baka BD atau GS begitu jugalah Ayam Serama baka Darah Hijau kalau dikawinkan dengan baka 2000 .. kita tidak lagi boleh mengatakan ayam itu baka tulin salah satu baka tadi.

Jadi cara atau garis pandu yang jelas perlu juga ada didalam
memperakui satu satu baka itu. Apabila kita sudah dapat mengenal pasti baka baka serama yang sepatutnya maka pada masa itu nanti setiap pertandingan Ayam Serama hanya akan mempertandingkan kategori baka-baka tersebut saja. Pada saya itu lebih adil sebab pada masa ini berbagai jenis baka dipertandingankan bersama, hanya berat saja yang membezakannya. Setiap baka ada kelebihannya seperti baka Darah Hijau Mat Awang suka mengangkat kaki sebelah ketika sedang beraksi tetapi bagi baka 2000 Hussin Kijang pula suka memperagakan dadanya sebesar yang boleh. Kalau saya adalah pengadil pada masa itu, sudah tentulah saya akan memilih baka Darah Hijau sebab saya lebih berminat pada aksi sedemikian padahal aksi kedua dua baka tersebut mempunyai kelebihannya masing masing. Bukankah itu kurang adil bagi pemilik baka 2000 ..?

Tetapi kalau kita letakkan sesuatu kategori itu berpandukan baka ayam

tersebut maka kita bolehlah membuat garis panduan yang tetap bagi
setiap baka itu, jadi kalau ada yang menggatal pemilik baka 2000 nak
masuk kategori baka Darah Hijau .. dia terpaksalah mengikut garis
panduan pengadilan untuk baka Darah Hijau dan begitulah sebaliknya.
Saya rasa ini penting bagi mengelakkan ketidak ketelusan atau mungkin kekeliruan yang terjadi didalam pertandingan - pertandingan Ayam Serama sekarang ini. Cubalah saudara - saudara lihat didalam
sebarang pertandingan Kucing Cantik .. mereka mengasingkan kucing -
kucing yang masuk bertanding mengikut baka kucing tersebut, bukannya berat kucing tersebut.

Kita memang perlu melakukan sesuatu, tidak boleh lagi berdiam diri.

Saya takut suatu masa nanti, kalau kita tidak menjaga kazanah ini
(Ayam Serama), pihak lain (negara lain) akan menceduk baka - baka
terpilih ini dan memperakui bagi pihak mereka. Jangan terkejut suatu
hari nanti (kalau kita masih berdiam diri) baka Darah Hijau Mat Awang
adalah Ayam Serama Amerika Syarikat ...!!! Ini bukan kata - kata
kosong malah telah banyak produk atau khazanah yang asalnya dari
negara kita telah di hakmilikkan oleh negara lain.

Satu langkah yang lebih praktikal mesti kita lakukan terutama pada

pihak - pihak yang berwajib, sekurang - kurangnya bagi mendraf satu
piawaian khas sebelum kita mengiktiraf satu - satu baka terpilih itu
sebagai Ayam Serama Malaysia. Satu tindakan yang drastik juga perlu
dilakukan bagi membezakan diantara Ayam Serama dengan Ayam Baharu. Ini perlu kerana sudah terlalu banyak/ramai peminat - peminat serama yang terkeliru akan berbezaan kedua dua jenis ayam ini.


Saya harap semua pihak yang terlibat didalam bidang ini sama ada di

pihak berwajib seperti Jabatan Haiwan Malaysia dan juga persatuan -
persatuan Ayam Serama yang banyak di Malaysia ini dapatlah memulakan langkah - langkah yang difikirkan perlu didalam untuk kita mencapai pengiktirafan dunia terhadap Ayam Serama kita. Jangan dilepaskan khazanah kita ini, hargailah dan berbanggalah kerana kita mempunyai anurgerah Tuhan yang tidak ternilai ini.

Sekian, terima kasih.
(diambil dari sumber internet) 

 

No comments:

Post a Comment