Assalamualaikum dan Salam sejahtera...
Untuk update blog kali ni, SPB nak ucapkan Tahniah dan Selamat Maju Jaya kepada para penganjur Pertandingan Kecantikan Ayam Serama tidak kira Bon besar mahu pun kecil. Bukan nak bodek tetapi sekadar memberi semangat kepada pihak pengajur agar dapat terus memberi sumbangan yang berguna kepada komuniti peminat ayam serama. SPB pernah bertanya kepada Otai mengenai penganjur pertandingan, bagaimana sekiranya ia dibuat setiap minggu. Dan jawapannya agak memeranjatkan jugak... katanya "Bukan tak nak buat selalu, tetapi ada ke orang yang nak datang nanti??"
Bila difikirkan tentang kos para peserta yang nak datang ke BON kadang-kadang agak memang logik jawapan otai tadi, kena pulak game tengah bulan memang nahas... ayam pulak tengah banyak, yang galak dua tiaga ekor pun... kalau game kecik RM30 kali 3 dah berapa... belum kos duit minyak dan melantak(makan) sebagainya, fuh kalau tak bawak balik hadiah kadang-kadang berpeluh jugak... kena pulak orang rumah tanya bawak balik ape kali ni !!! hehehe... pandai2 lah yerr.
Tapi begitula adat pertandingan yerr dok?? ada kalah dan ada yang menang... bermain dengan minat ni nak kata apa. Cuma SPB dapat lihat sinario sekarang ini dah banyak penganjur yang mula mengorak maju setapak lagi bila rata-rata penganjuran telah ada cendera hati pertandingan iaitu berupa sijil penghargaan, kiranya ada sijil sehingga tempat ke-10, SPB rasa ianya boleh menjadi sedikit pengubat duka.... Selalunya hadiah saguhati setakat no 6-7 jadi bila ada sijil tu rasanya boleh la juga di buat kenangan. hehehe
Namun mungkin ada juga yang tak menyokong pekara ni.... apa pun terpulanglah kepada empunya badan tapi kalau SPB dah orang kasi sijil ambik jerr lah... biar bekapok bawah katil ape ade hal... Bagi pemain baru macam SPB ia akan menjadi dorongan untuk terus memajukan diri serta menaik taraf ayam untuk lebih maju kehadapan. Kadang kalau takda game rasa malas nak uruskan reban, tapi bila ada game yang terdekat macam suis automatik pulak... cuti jerr memang dalam reban la jawabnya hahaha... itu belum cerita bab becakap dengan ayam lagi... memang begitu lah kalau ada game yang terdekat.
Tapi bukan semua orang macam tu... Ada yang sekadar buat breeder jerr, bab main game ni dia tak berapa minat nak join, ada yang sekadar membela suka-suka je... apa-apa pun terpulang kepada diri sendiri tepuk dada tanya selera, namun bagi SPB sendiri sebenar-benarnya disamping minat dan hobi yang utama adalah mencari lebih ramai kenalan... walaupun ada yang tak suka dengan kita, tapi bersangka baik sahaja... demi kesejateraan bersama... bukan semua orang kita boleh nak puaskan hati yerr dok???
.. oh ya untuk semua penganjur dan Urusetia pertandingan SPB nak tabik spring diatas usaha anda selama ini... Jutaan Terima Kasih SPB ucapkan, semoga dengan adanya lebih banyak penganjuran seperti ini Hobi Ayam Serama akan kembali seperti zaman kegemilangnya... malahan menjadi lebih terkenal dari dahulu dan secara tidak langsung ia menjadi industri yang menjanjikan pulangan lumayan kepada para penternak khususnya.
Wallahuallam..........
Jumpa lagi... bye...bye!!
No comments:
Post a Comment