Sekadar gambar Hiasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Semoga para pembaca blog dalam keadaan sihat hendaknya....... okey untuk posting kali ni SPB ada menyuarakan hasrat untuk bercerita tentang perjalanan game yang mana selalunya lambat nak habis walaupun setengah game tu ayam tak sampai 200 sangkar pun tapi dia punya time habis nak menunggu hadiah bonanza pehhh bukan main lambat nak siap...
Selalu bermain difikiran SPB... kenapa Bon game kecil habis lambat,...? Okey! iya la... kalau game besar mungkin logik... kita faham, pasal ayam banyak... tapi SPB perhatikan game kecil pun balik lambat jugak..... ape ceritanya??? Itulah persoalan yang SPB nak sangat tanya pada Otai-otai serama..... dan untuk itu SPB ada jawapannya...
Arakiranya SPB sempat bertanya kepada orang lama pasal isu di atas macam mana benda camgini boleh terjadi, sambil tersenyum otai lama berkata "biasa la... ayam elok-elok semua nak masuk last minit macam hero hindustan la....." katanya memecah bicara.
SPB bertanya lagi "patut ke bagi ayam yang lambat masuk tu menang?? macam mana pulak bagi ayam yang dah lama menunggu dua tiga jam... dalam gelangang, kadang-kadang tu tengah panas lagi.... tak ke ayam tu kurang perform atas meja???"
Otai... terdiam....! Sambil senyum hambar otai berkata: " itu la... strateginya......!"
Ia bagi saya cara logiknya... ayam dah duduk dalam sangkar dalam tempat panas dua tiga jam... pastu nak begaya atas meja dalam tempoh masa seminit... fuh..!!. memang payah... kira kalau menang memang ayam hebat la.. kan..kan!!!!
Kata otai lagi isu ni kita dah bincang dari dulu lagi.... kadang kita tengok memang tak adil ! bila ayam peserta yang duk tunggu lama.. pastu dapat markah boleh tahan satu list keluar ayam dah ada nombor..... sejam dua lepas tu tiba-tiba datang lagi satu list... ayam terus takde nombor... terkeluar ke laut terus... ayam member kita tadi langsung tak dak dalam top ten list pun.... kadang kita tengok kesian pun ada. Abis ayam yang elok-elok semua pakat duk masuk lambat... kadang tu dah tutup penyertaan pun tak bawak masuk lagi.... ada lagi bagus dah habis kira markah dah pun, tup tup.... ada lagi satu list.. tengok semua bagus punya result... nak kata apa???
SPB: "abis tak kan macam tu je sampai bila.. bila???"
Otai: "ha... macam tu la kalau duk tengok sampai sekarang ni....." hehehe
SPB: "Takda apa yang boleh kita buat ke?"
Otai: " benda ni kami ada duduk bincang tapi senyap ja takda apa kata putus atau perubahan....."
SPB: "Buat macam mana tu???"
Otai: " Dulu kita bincang.... untuk bagi adil dan cepat game habis kita buat satu undang-undang dalam sistem permarkahan... kita nak bagi peserta cepat masuk antar ayam masuk gelangang, kita buat sistem pemotongan markah bagi mereka yang lewat hantar ayam... tak kiralah depa sengaja ka atau memang datang lewat ka... kita potong markah...! Kita potong satu atau dua markah... kalau buat macam tu insyaallah kita boleh ubah fenomena ni.... "
SPB: "ishhh dua markah banyak tu......!"
Otai: ha la.... kalau buat macam tu baru kita tau ayam sapa hebat..... sama-sama duduk dalam khemah dua tiga jam... baru adil....!!
Dari sembang-sembang kosong dengan otai tadi SPB dah pun dapat satu lagi pelajaran... yang SPB rasa bagus untuk dikongsi bersama. Untuk makluman semua Otai kita tu pun dah selalu buat penganjuran game jadi dia pun rasa elok kalau benda ni dilaksanakan... kerana ia adil bagi semua.
Kalau betul-betul ayam hebat... sama-sama kita berpanas..... kita tengok ayam sapa hebat di meja!!!
(harap takde siapa nak marah pulak SPB cerita isu ni....) demi memartabatkan Pertandingan kecantikan Ayam Serama... kalau rasa sesuai boleh pakai.. kalau tak... biarkan luncai dengan labu nya... OK! peace...
Bye..bye!!
No comments:
Post a Comment