~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Wednesday, April 18, 2012

Cerita Ayam Serama!!!

Mandi bersyampu, sakit berubat panadol

 

TIGA tahun lalu, Haslizam Abd. Halim, 32, tidak pernah mengambil berat perihal ayam serama. Namun, selepas diminta menjaga seekor ayam serama milik adiknya, kehidupan Haslizam berubah serta-merta. Semenjak itu, beliau mula berjinak-jinak dalam dunia pertandingan ayam serama. Adiknya pula menyerahkan sepenuhnya pemilikan ayam tersebut kepada Haslizam.

Lelaki yang berasal dari Pasir Gudang, Johor itu tidak mengambil masa lama untuk menunjukkan kehebatan seramanya. Menerusi satu pertandingan, beliau berjaya menyandang tempat ketiga sekali gus menarik minat beberapa individu yang ingin membeli seramanya.
“Saya tidak terus menjual ayam tersebut, tetapi meminta mereka memberikan masa buat saya mendapatkan baka serupa. Selepas berjaya mendapat bakanya, barulah saya menjualnya pada harga RM2,500,” imbas Haslizam yang kini mempunyai sembilan ekor ayam serama di rumah.

Bagi memastikan serama peliharaannya kekal cantik dan sentiasa bersedia untuk pertandingan, Haslizam sangat menitikberatkan soal penjagaan ayam tersebut. Ia melibatkan hal kesihatan dan kebersihan.
“Tidak dinafikan, mengurus ayam serama amat rumit. Jika kita tidak tahu teknik-teknik penjagaan dengan betul, ekornya boleh rosak. Disebabkan itu, setiap hari saya menjemur ayam serama saya di bawah cahaya matahari selama 30 minit sehingga satu jam.

“Cahaya matahari diperlukan bagi menaikkan ekornya agar tegak ke atas. Selain itu, ia juga efektif bagi mencantikkan bulu mereka supaya kekal berkilat,” jelasnya yang telah menyertai sepuluh pertandingan.
Jika memelihara ayam biasa, si pemilik tidak perlu bersusah-payah memandikan ayam-ayam tersebut, tetapi serama mesti dimandikan sekurang-kurangnya satu atau dua kali sebulan.

Proses memandikan serama juga perlu disertakan dengan penggunaan syampu. Pastikan syampu yang dipilih sesuai dengan serama tersebut kerana ia penting dalam mengekalkan kecantikan bulu-bulu mereka.

Vitamin dan panadol

 AYAM serama akan dimandikan sekurang-kurangnya dua kali sebulan menggunakan syampu untuk memastikan bulu sihat dan berkilat.

Begitu juga dengan pemakanan serama. Meskipun makanan ayam tersebut sama seperti ayam biasa iaitu dedak dan jagung, tetapi bagi mendapatkan serama yang sihat dan hebat, si pemilik perlu memberinya vitamin kesihatan.

Kongsi Haslizam, vitamin biasa ayam serama ialah minyak ikan dalam bentuk tablet. Ia merupakan tablet untuk manusia cuma bezanya, ia diberi dalam potongan kecil dan dimasukkan sendiri si pemilik serama ke dalam mulut ayam tersebut.

Pemberian vitamin itu bertujuan mendapatkan bulu yang cantik dan berkilat. Sebaik-baiknya, vitamin itu diberikan setiap dua minggu sekali.

Cerita Haslizam, sekiranya ayam seramanya tidak sihat dan mengalami demam atau selesema, ubat yang diberikan hanyalah panadol kanak-kanak yang berwarna merah jambu.

“Panadol tersebut saya potong kecil-kecil dan masukkan ke dalam mulut ayam itu. Pada mulanya memang sukar untuk melakukan semua ini namun, lama-kelamaan serama itu sendiri sudah biasa.

“Serama yang sakit boleh dilihat pada balungnya yang bertukar warna menjadi biru dan hidungnya juga berair.
“Selain memberinya makan ubat, serama yang sakit juga boleh dilapkan dengan tuala basah agar badan mereka menjadi segar,” ujar Haslizam yang memberitahu beliau tidak pernah membeli ayam serama daripada orang lain.

Pencinta ayam serama juga akan memastikan ayam mereka selamat pada waktu malam. Musuh utama serama ialah nyamuk. Oleh yang demikian, Haslizam mengurung ayam seramanya di dalam sangkar bertutup bagi mengelakkan serangga itu menggigit ayam peliharaannya.


“Setiap malam saya pastikan kesemua serama saya disimpan dalam bekas bertutup dan diletakkan di dalam rumah. Jika tidak, nyamuk akan menggigit menyebabkan balung mereka rosak,” jelas Haslizam bersungguh-sungguh.



AYAM serama yang hebat akan dikekalkan bakanya terlebih dulu sebelum dijual kepada pembeli yang berminat.     

 Pengekalan baka


Pengerusi Persatuan Ayam Serama Melaka, Abdul Rahman Yaacob, 38, pula memberitahu, penjagaan yang baik mampu memanjangkan jangka hayat seekor ayam serama.

Kebiasaannya, ayam serama dapat hidup selama lima tahun dan paling lama ia boleh mencapai usia lapan tahun. Teknik pembakaan juga memainkan peranan penting bagi mendapatkan ayam serama berkualiti tinggi.
“Ayam serama yang hebat perlu dikacukkan dengan baka yang hebat juga agar dapat mengekalkan kualitinya. Seperti contoh, ayam serama jantan akan dipasangkan dengan ibunya bagi mendapatkan baka yang sama hebat.

“Hanya pengalaman dapat menjadikan seorang pencinta serama mendapatkan baka yang baik. Lebih lama seseorang itu bergelumang dalam dunia serama, lebih banyak pengetahuan yang dimilikinya,” ujar Abdul Rahman yang ditemui ketika Pertandingan Seni Warisan Ayam Serama 1Malaysia di Taman Serama Sedunia, Mukim Durian Tunggal, Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini.

Dijual pada harga serendah RM500, seekor ayam serama boleh mencecah harga puluhan ribu ringgit dan ia bergantung kepada kualiti ayam tersebut.

Difahamkan, terdapat dua jenis ayam serama. Jenis yang pertama ialah serama yang dijadikan sebagai peliharaan, sama seperti ayam biasa. Harga serama itu lebih murah dan boleh disembelih untuk dimakan.

 SEBANYAK 300 ekor ayam serama dipertandingkan dalam lapan kategori pada pertandingan Seni Warisan Ayam Serama 1Malaysia di Melaka baru-baru ini.


Menurut Abdul Rahman, serama jenis kedua pula digunakan untuk tujuan pertandingan. Serama itu mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan sangat mahal dalam urusan jual beli.

Milik Malaysia

Penaung Ayam Serama Kelantan, Tengku Mohd. Tengku Yahya Petra, 44, mendedahkan bahawa ayam serama berasal dari Malaysia secara mutlak dan mula mendapat perhatian pada sekitar tahun 1996 di Pantai Timur.

“Serama sebenarnya berasal dari Kelantan dan ia merupakan warisan milik Istana Kelantan. Disebabkan ia jinak dan mudah dibela, serama mula dikomersialkan ke seluruh Malaysia pada era 90-an. Kehebatan ayam ini juga telah menarik minat beberapa buah negara luar seperti Indonesia, Belanda dan Amerika Syarikat.

“Serama menjadi antara identiti negara paling bernilai kerana ia hanya terdapat di sini dan mereka yang ingin memilikinya perlu datang ke Malaysia,” jelas Tengku Mohd. yang turut menyatakan bahawa pertandingan ayam serama di Kelantan memang telah dimasukkan dalam kalendar aktiviti tahunan negeri tersebut.

(Sumber Kosmo Online)




Tuesday, April 17, 2012

Piala Best Of The Best : Bon Penang Milik BPR
















During the record:

~ Ke-3 Kategori Serama A di Ipoh, Perak
~ Johan Kategori Serama A di Langkawi, Kedah
~ Naib Johan Kategori Serama A di Alor Setar, Kedah
~ Naib Johan Kategori Serama A di Kelantan
~ Naib Johan Kategori Serama B di Melaka
~ Johan Kategori Serama B dan Best Of The Best di Sungai Petani, Kedah
~ Johan Kategori Serama B dan Best Of The Best di Kota Baru, Kelantan
~ Johan Kategori Serama B dan Best Of The Best di Pulau Pinang

(info dari blog Serama Jalan Day)



Monday, April 2, 2012

Game kelantan 31 mac 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Sedikit koleksi gambar di game Kelate.... nanti SPB upload lagi gambar serta sedikit kisah pengalaman serta review rangkuman game pada hari bekenaan. Layan dulu gambar2 di bawah......



 Piala BOTB !!

Meja Urusetia





Pendaftaran...!




Antara Kategori paling Banyak Anak A




Kategori Serama Muda sengit..... lebih dari 100 penyertaan.





 Wakil Langkawi...!!

 MKG Group....!

 Nizam RC & Co

Cerita apa tu serius sangat!!!

 
Penang & Kedah Group

 hah... orang lama ! Otai Utara



 Jualan... murah!!






Poster Terbaik Dari reban 2012  Turut Berada Di Bon Kelantan pada kali ini....!

Jumpa lagi bye..bye!!




Thursday, March 29, 2012

Update POSTER TERBAIK DARI REBAN (Edisi Khas Rinting)


Koleksi Poster Terbaik 2012 Edisi Khas Rinting telah berada di pasaran... 
Insyallah akan berada di Bon-bon yang terpilih.
 Saiz A3 (kertas Kualiti)

Untuk tempahan Sila hubunggi SPB untuk keterangan lanjut. 0165047301

RM10 jerr!!

Sekian Terima Kasih...




Wednesday, March 21, 2012

Induk Oh Induk... Serama!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dah lame SPB tak berjalan-jalan ke reban-reban Otai, baru-baru ni aderr singgah ke rumah seorang Otai lama yang namanya tak payah la nak taip kat sini tapi memang hasil dari breeding di rebannya diakui ramai kualitinya. Dengan modal permulaan yang kalau di bandingkan dengan kemampuan poket SPB rasanya jauh sangat.

Otai ni walaupun dah lama dengan hobi serama ni namun tak lokek dengan ilmunya.... malah sangat mudah bertukar-tukar pandangan dengan SPB yang hanya setahun jagung, sangat senang dengan caranya. Walaupun sebelum ni kami jarang-jarang berjumpa dan selalunya hanya di Bon. Pernah SPB kerumah beliau masa buat terjah reban tahun lepas... tapi masa tu banyak ayam Otai ni dalam RnD so memang dia tak jual hanya simpan dan buat main di rumah jerr!

Namun pertengahan tahun 2011 sudah ada yang dapat bawa keluar ayam dari reban beliau dan terbukti ada yang menempatkan nama bagi hadiah utama di Bon-bon pada hujung tahun lepas. Terbaekk wokk!!

Okey!

Sebenarnya SPB bukan nak cerita pasal benda tu tapi just nak kongsi maklumat yang SPB pelajari dari otai ni mengenai ciri-ciri Induk yang baik dan terbaik... tapi sebelum tu untuk makluman ini adalah dari pandangan beliau (Otai ) yang telah bergiat lama lebih dari 10 tahun pengalaman dalam hobi Ayam serama dan ni bukan pandangan dari saya. Ini hanyalah tips yang diberikan oleh beliau untuk kita kongsikan bersama.

Induk Serama

Otai berkata ada 3 jenis ayam induk yang kita boleh jumpa dan ia terbahagi kepada :

Terbaik

Baik

Biasa-biasa.


Terbaik

Okey macam mana yang otai boleh kata terbaik atau baik?? Cantek ke? Bulu rapat ke? Badan panjang ke?

Okey bagi pandangan pertama beliau terbaik adalah dari segi penghasilan benih.... ada ayam yang cukup cantek dan bergaya tapi belum tentu boleh buat benih dan kalau dapat anak pun belum tentu boleh dapat ciri-ciri macam ibu induk yang mempunyai perangai gaya dan assesorinya. Dan ada pun juga induk yang terbaik ia akan menghasilkan anak yang ikut gaya, perangai serta ciri-ciri istimewa Pembaka... tak kira ikut Ibu atau Bapa yang pasti Kalau ikut bapa pembaka itu lebih baik. Ini dipanggil Induk Fotokopi.... macam mana Bapak yang di sulam anak pasti akan ikut ciri-ciri Bapa. Itu yang Terbaik dan selalunya ayam induk macam ni hanya boleh kita jumpa di reban Otai-otai serama yang dah lama dalam bidang ni... mereka dah masak induk mana yang mempunyai ciri-ciri ini ... kena buat RnD ok!! dan selalunya induk fotokopi ni tak semestinya selam.... banyak juga SPB jumper di reban-reban otai lain yang berlunjur jerrr. Orang kata kalau jual murah-murah pun takde yang nak.

Induk Baik

Induk ini sama jugak, yang penting penghasilan benih yang baik... namun ia tidak seperti yang terbaik kerana ia hanya akan menjadi bila kena dengan blood line nya.... kalau tak kena darah memang tak jadi... kasi lah selam mana bapak pun memang tak jadi. Ia terhad kepada aliran darah atau keturunanya... kalau lari dari aliranya boleh jual timbang kilo la jawabnya.

Induk Biasa-biasa

Haha.... induk ni mungkin kita biasa jumpa... buat telur memang boleh, tapi anak keluar tak tentu hala... kadang jadi kadang memang cap pisau jerr, ... Kalau ade rezeki kali petama cantek... kali kedua boleh buat makan kenduri jerr. Ape kes???

okey lah sebenarnya banyak lagi tips yang di berikan oleh Otai ni... tapi ialah ada yang boleh dikongsikan dalam blog ade yang tak sesuai, jadi kalau sesapa ada masa tu datang-datang lah bertandang dengan Otai-otai serama yang sekarang ni kita boleh jumpa ramai di Facebook... rasanya dunia kita memang semakin kecilkan...? Bersama-sama kita eratkan sillaturahim dan muhibah  antara kita... tak payah lah nak bermasam muka nak kondem sana sini. Lebih baik kita mencari ramai kawan dari kita mencari ramai musuh yerr dok...! okey dah melalut lagi...

Berjumpa lagi dilain Tips kalau ada la... insyaallah yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan yang tersilap dan buruk datangnya dari saya... saya memohon Ampun dan maaf kalau ade yang tak kena dengan tulisan ini...  saya bukan wartawan yang sentiasa nak kena bawa buku nota, hehe... ini adalah pandangan lisan saya dengan Otai yang saya temui... jadi kalau ade kilafnya... mohon maaf sekali lagi....!!!

Jumperr lagi bye... bye!!!

Monday, March 19, 2012

Pentinggg!!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Penting...!!!

Pagi tadi Buka FB.... SPB kena warning dapat arahan Padam balik Poster kat FB ada kesilapan... katanyerr... adoiiyai memandangkan SPB dah kurang ber 'facebook' maka benda ni menjadi kesilapan besar buat SPB. Diharap Geng Serama Penang jangan Maree-mare noh.... perhhh kena Ban la lepas ni dengan group depa... arrrhhhhh!!
Untuk Info lanjut bleh ke blog Seri Nibong.

P/S: Bro... kalau ade kesilapan teknikal just SMS... takkan main ayam ribu-ribu nak msg tak bleh kut..!!! tapi kalau takde no SPB ... tak leh nak kate aperr yerr dok???





Ada harapan tak???





Buluh Hijau... Ayam Kuning lagi.....!!!

Ayam AA, berkaki Hijau, mata, paruh dan ekor set warna Hitam... Balung plastik..mata galak !! 
Warna kuning....lagi.






Buluh Hijau Akan menghiasi BON yang akan datang.......! Semoga ia bersinar....

Terbaekkk Wok!!!



Tuesday, March 13, 2012

Terima Kasih Daun Keladi!!!

Lang PB, Pembaka Utama di LSPB  Rekod Tempat ke-3 masa anak A


Yang Hadapan Sekali tu Anak LangPB dengan induk Siti Payung di Atas semua ada Lima ekor sekor dah die.... tinggal lagi 4 ekor tapi 3 betina... cutting memang super... nanti SPB uploadkan anak tina LangPB. Yang tengah anak BlackBird yang ujung anak dari baka Hj. Iskandar. Ada sepasang kaler kuning....!!! Alhamdulilah...

 Anak LangPB dan Anak BlackBird


Induk dara berdarah Lang Batek... (Sold KL)

Anak Peon Ara Muda... (Sold KL)

Okey lah.... ini sajerr benda yang nak di Update ... kali ni, berjumpa dilain masa.. bye-bye!!

P/s: Akan datang Poster koleksi Rinting 2012 akan berada di pasaran... tidak lama lagi... Bersaiz A3 dengan design terkini.... dapatkannya di Blog LSPB atau di Bon-bon yang terpilih.





Thursday, March 8, 2012

Up Date Serama!!!

Anak Peon Kaler Ara.... For sale!! murah-murah clear reban.



 Anak Lang.... Dah Jual !! (sold)




 Gorgon Terkini... Dah mandi... Okey!

Just Update Blog...!!! busy..busy... busy gilerr!!!


Bye...bye!!