~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Friday, July 13, 2012

Ayam Serama Kuzai Group Menganas di Alor Star !!













Ayam yang dikatakan berdarah Submerin pure.... 
Ayam cutting tinggi berdada bidang.... Terbaik!!



Sedikit Foto dari menu game D Alor Star..........































































Cuba komen sikit Ayam ni apa Macam....??





Peluru lepas raya larr... jawab nyerrrr,.

Friday, July 6, 2012

Sembang Serama - Serama USA

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bertemu lagi dalam nukilan sembang serama, agak lama tak menaip di ruangan ini tapi rasanya blog sahabat-sahabat serama yang lain masih aktif dan meriah. Apa-apa pun tahniah kepada semua peminat ayam serama kerana ketika ini, hobi unik juga exotik ini semakin mendapat perhatian di mata dunia. Terbaru saya mendapati ada peminat serama dari negara Barat yang juga berminat dengan hobi unik serama ini, negara itu adalah dari negara Uncle John iaitu USA ( United State Of America).







Peminat Serama di negara itu telah pun menganjurkan pamiran serta pertunjukkan dan tidak ketinggalan juga acara pertandingan bagi menarik lebih ramai pengemar hobi Serama ini di dalam komuniti mereka. Dari apa yang saya baca dan perolehi dari maklumat yang ada, mereka bermula dengan komuniti Ayam Seramas serta Bantam kemudian kini secara sah didaftarkan dengan nama Serama - USA . Tahniah saya ucapkan kepada persatuan Serama USA kerana memilih serama sebagai Hobi unik untuk komuniti anda.

Sedikit Foto dari Clab serama USA......









 Pamiran Serama dan Pertandingan







Acara Pertandingan BOTB mungkin...?
 







Player Serama USA punya cerita....! Good Bro...

Okeylah hanya sedikit itu sahaja info yang ingin SPB kongsikan... sebenarnya banyak lagi yang nak di ceritakkan tapi masa tak mengizinkan.. posting ni pun dah lama saya simpan baru hari ni saya dapat postingkan... entah sibuk apa la sangat!! hehehe 
Untuk lebih lagi gambar sila ke :

http://s486.photobucket.com/user/brittbritt101/library/SCNA%20CAJUN%20CLASSIC%202014


 Selamat Maju jaya Kepada komuniti Peminat Serama - USA,  semoga hobi unik ini menjadi ikutan belia di sana... !!!

Adioos...!!


________________________________________________________________


Sedikit Iklan 

FOR Sale!! 


ARa ........ Anak B sepasang dengan Anak Tina ekor kelabu !

RM450.00 (penghantaran)










Msg 0165047301 (NAZ SPB)




Monday, July 2, 2012

Lagi legasi anak Pek onn!! dan Ayam Serama untuk dijual

Assalamualaikum... ada lagi nihh saki baki anak A dan B anak kepada pembaka Utama Peon.... harap2 boleh pergi jauh...!


Torres.. namanya....!



Gaya Torres.. Anak A....!


  
Adik Torres,  Pedro nama nye.... blom tarik lagi... tp ada bakat.. hehe (SOLD OUT)
Lagi adik bradik Tores.... 6 ekor, semuanya ada 2 Jantan 4 Tino

 hahaha kakak tores...! berminat PM  hehe


FOR SALE !!! (SOLD OUT)


Blom betul-betul parking lagi.... berminat Call terus..!

 Induk Super AA insyaallah bleh bertelur... kalau ikut petua orang lama la...!

 Induk Ekor kelabu Selam tarik.... sebulan lagi mungkin bertelur. 

Okey... jumpa lagi... bye bye!!




Friday, June 22, 2012

Sembang Serama: Jatuh Bangun Hobi Serama.!!


 Hobi jugak ni... (bawa binatang jalan2 naik motor)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera....

Dah agak lama tak menaip jenis panjang-panjang jadi rasanya tak payah lerr nak mukadimah sangat-sangat pun, tertiba jerr teringat nak menaip "sesaat kau datang" Ramlah Ram la pulak.. So hari ni SPB saja nak highlight satu isu yang SPB rasa dah ramai blogger serama yang lain dah utarakan SPB cuma nak kongsi-kongsi jerr kalau ada yang terasa mintak maaf dulu siap-siap ye...

Entah macam mana selepas SPB terbaca satu petikan artikal blog daripada seorang sahabat... SPB rasa ada benar apa yang ditulisnya... di sini (Klik) dan SPB pun nak ambil ayat dari seorang lagi sahabat "kita kenal kerana serama, kite ditemukan kerana serama gak.." tapi jangan lah nanti kita begaduh pun pasal serama jugak yerr dokk? 

Jadinya memang benar kita ni sekadar nak main hobi jadi tak perlu sampai bergaduh-gaduhan... teringat lagi kata seorang otai..."kita ni  kalau mencari hobi kena la beringat, kalau silap haribulan bukan menambah kenalan tapi menambah musuh pulak" ha... ape kes?

Banyak faktor yang sebenarnya menyebabkan benda-benda salah faham dan tak puas hati ni terjadi. Apa yang penting kejujuran dan bersangka baik. Bab harga ayam pun kadang kala boleh berbalah... Bagi SPB biar harga ayam tu semahal macam mana pun empunya ayam nak jual, kita janganlah terkasima sangat. Mungkin Tuannya sebenarnya tak nak jual lag,i sebab itu taruk harga tinggi-tinggi. Kita kena faham, nak dapat ayam yang betul-betul elok dan cantik bukannya senang, dah dapat orang nak harga murah-murah sangat memang tak patut la.... Tapi kalau mahal pun agak-agak la jugak yerr! Tapi SPB rasa bab harga ni terpulang jugak pada penjual, kadang mungkin dengan si anu jual mahal... dengan orang lain jual murah pulak apa pun SPB rasa benda ni boleh dibawa bincang.... Kita manusiakan mesti ada hati dan perasaan jugak. ( SPB ada terbaca "orang yang suka haiwan peliharaan ni orangnya penyayang) yerr ke??

(sekadar gambar hiasan) Tapi simbolik juga yerr! Persahabatan...


SPB memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau tersalah taip... apa yang lebih penting semoga hobi serama ini akan terus berkembang dan menjadi warisan zaman berzaman... Tiada persengketaan dan bermasam muka dan semoga hobi ini dapat menyatukan antara Malaysia dengan kejiranan yang lain... semoga ukhwah dapat dieratkan lagi dengan semangat Hobi Serama Mania!!

Sebagai penutup kata, "berkawan biar ramai, musuh jangan dicari, iklas dan jujur semai dihati, kelak senang dikemudian hari" perhhh pantun la pulak...!

Jumpa lagi bye.. bye!!


Tuesday, June 19, 2012

Game Alor Star 17 Jun Yang Lalu....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Bertemu lagi kita dalam review game Alor Star Kedah yang telah berlangsung pada 17hb Jun 2012 yang lalu... SPB sekadar datang dengan membawa ayam muda yang tengah galak dan tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada ayam-ayam yang baru nak mari perangai... Dan keputusan nya seperti yang dijangkakan.... tengok markah gaya jerr dah tahu!!! Tapi takde la teruk sangat pun... cuma dengan assesori jerr !

Okey lah... kita tengok sikit apa acara yang telah berlangsung di hari pertandingan tersebut....!

kita ada acara pertandingan Bunyi suara Burung... SPB difahamkan bahawa sambutan kali ini untuk pertandingan Suara burung agak menggalakkan, biar pun ada pertembungan tarikh pertandingan yang sama di Pulau Pinang pada hari tersebut.

Okey ini untuk acara Gaya Burung.... saya ada bertanya apa beza burung bergaya dengan bunyi...? dan jawapannya: "selalunya kalu burung yang berbunyi merdu pasti burung yang bergaya..." maknaya dua-dua acara pun boleh masuk...! Katanya lagi kalau nak tahu burung yang berusia 4 - 5 tahun baru betul-betul matang dan bergaya! (kalau silap jangan marah yerr Otai2...Burung)  Mak aii... kalau Serama dah kategori veteran dah tu....!! hehehe


Yang ini pulak bukan acara menu pertandingan tetapi Burung Merpati untuk di jual (for sale) saya difahamkan masih ramai peminat burung merpati di Malaysia.

Antara burung yang ada dijual...



Okey..! untuk seterusnya gambor game Serama la pulak..!  



























Okey lah... hanya sekadar ini dulu, sedikit foto untuk tatapan sahabat semua, minta maaf pada yang terambil gambor mereka.. nak buat cam mana itu jerr pic yang paling cun nak upload masuk... hehehe!

Apa-apa pun penyertaan kali ini agak kurang sedikit biar pun hadiah nye lumayan... saya tak pasti sebab ape? namun apa pun ia tetap meriah.... mungkin sebab ada acara lain yang turut diadakan pada hari tersebut..!!

Selamat maju jaya kepada semua... Terutama Kelab Serama Kedah... ! terima kasih di atas anjuran game kali ini.... berasa awal pulak hari tu kita balik....! oh ya.. game di Alor Star tiada acara BOTB jadinya SPB boleh balik awal... dan takde tangkap gambor ayam hebat2!


 Untuk Tatapan kawan-kawan ayam muda di reban SPB.... tengah galak tino!!











Okey...! ayam muda yang Galok...! Jalan Lonjak sesekali tarik dengan sayap One layer memang jahat di meja....(mematuk tangan dia ni) abis Darah muda dowh!! Jadinya sekarang tengah duduk sekandang dengan Induk muda Lanun... ha esok tak tau nak jadi ape pulak... Lanun + Gengster jadi apa??? kekeke








Monday, June 11, 2012