~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Thursday, May 31, 2012

Update reban: Legasi Blackbird....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,,,

Bertemu lagi dalam Update reban SPB yang tak seberapa ini...... Minggu lepas reban SPB di kunjungi oleh peminat ayam serama dan juga blogger dari Mieserama, terima kasih kerana sudi datang ke reban buruk LSPB... maaf kalau ade yang terkurang. Walau pun selalu berjumpa di Bon tapi kurang bercerita panjang..Sesekali kalau ada sahabat serama datang kereban memang seronok, baru boleh panjang lebar bercerita dan lebih kenal mengenali ... apa-apa pun SPB ucapkan semoga dapat bertemu lagi.

Hari ni SPB just nak update anak reban yang dah meningkat remaja... Anak kepada lagenda Blackbird, ayam tambatan yang pernah SPB buat main, apa pun Blackbird tidak pernah menghampakan SPB ketika di meja pengadilan. Tetapi yang pasti sekarang dah tak boleh turun Bon disebabkan chest yang dah lari teruk sangat.. (bahaya betul main ayam selam ni...)

Blackbird



Gambar Blackbird semasa remaja...

Hasil dari kacukan Blackbird + Anak Peon (induk) hasilnya ini.



Hanya ini anak blackbird yang tinggal dengan SPB, yang lain entah kemana semua dah dilamar. Tinggal yang ini jerr buat penyambung benih... Ayam yang lambat galak, baru nak belajar bekokok... tapi cutting dan lekuk serta leher panjang seperti bapaknya. Semoga pewaris ini dapat meneruskan deligasi kehebatan pembakanya.. Malah diharapkan semoga dapat pergi lebih jauh lagi... (NOT FOR SALE)

Cukup untuk update kali ini jumpa lagi ta ta.....!



No comments:

Post a Comment