~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Tuesday, March 1, 2011

Sekitar Game KL 26/2/2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera, untuk posting hari ini SPB ada sediakan sedikit gambar ketika hari Pertandingan Kecantikan Ayam Serama di Keramat Kuala Lumpur.

Penyertaan agak kurang pada kali ini kerana bertembung dengan satu lagi pertandingan Bon besar di Terengganu kalau tak silap saya, jadinya penyertaan para peserta dari sebelah pantai timur amat bekurangan, jumlah keseluruhan penyertaan dari semua ketegori berjumlah 189, dan tiada cabutan Bonanza kerana kurang dari 250 penyertaan. Pertandingan kali ini agak kurang meriah jika dibandingan ketika di Kompleks Muhibah Kg Pandan Selangor yang lepas mungkin kerana tempat dan sambutan yang agak kurang memberangsangkan.

Apa pun tahniah kepada pihak penganjur kerana dapat menganjurkan pertandingan ini dengan lancar dan jayanya, cuma satu cadangan dari SPB agar selepas ini cuba elakkan dari jadual yang bertembung kerana amat rugi bila ada Bon yang besar seperti ini peserta terpaksa berbelah bagi untuk menyertainya. Overall semuanya okey!!!

Gambar di sekitar pertandingan!

Pandangan di belakang tapak pertandingan

 


                                                             Otai Ada jugak mare KL





Antara pengunjung yang hadir

 




Di meja Urusetia pendaftaran







BOTB


JUARA BOTB


Maaf disebabkan camera man tak ikut sekali, jadi SPB hanya mengunakan camera chap ayam so kualiti biasa-biasa saja. Keputusan penuh akan diupload nanti... Terima kasih kepada En. Idham kerana memberi peluang SPB menjual poster di kaunter penyertaan.

Thursday, February 24, 2011

Reposting: Terjah reban ke Rumah Bother Mie Kebab Penang (Kerismas)

Assalammualaikum, salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia, bertemu kembali selepas melalui minggu yang agak sibuk dengan urusan seharian.

Okey untuk segmen terjah reban kali ini saya hanya reposting terjah reban ke rumah Saudara Mie Kebab yang memenangi kategori ABS dan BOTB di "PESTA UNGGAS ANTARABANGSA KELANTAN 2011" dengan Icon KerisMas.
 
Sedikit gambar terbaru Kerismas ketika ditabalkan sebagai Juara BOTB.
 
 
 



 


 Reposting :


Sesi pertemuan pertama saya kali ini berjumpa dengan Saudara Mie Kebab Penang. Kedudukan rumah saudara mie Kebab tidak beberapa jauh dari jalan utama Masjid Negeri Pulau Pinang, so untuk memudahkan pertemuan pertama kalinya SPB dan juru foto Zarie menunggu beliau di Jalan Masjid Negeri. Setibanya kami di Reban Mie Kebab Penang sudah tersedia pahlawan Keris Emas menanti kunjungan kami di dalam stor reban yg telah diubah suai oleh saudara Mie Kebab memang best... malam-malam pun boleh belek ayam lagi kalau ada stor cam gini.....! best betul la.

Stor merangkap Reban milik Brother Mie Kebab Penang


 Keris Emas


 Induk Pujaan






Ada banyak lagi gambar kalau boleh nak dimuatkan tapi kalau masuk semua jawabnye esok dah takde artikal lain... hehehe!




"Modal awal selepas kebankitan semula dah makan puluh ribuan ringgit, bukan senang nak dapat ayam yang baik... sabaq kena bayak!", komen Brother Mie Kebab yang sudah 3 tahun mengumpul ayam-ayam terpilih dari Kelantan, Terengganu dan akhir-akhir ini banyak dari KL yang menjadi pilihan .

Kebersihan reban menjadi keutamaan beliau dalam memastikan ayam tidak mudah mendapat penyakit serta ayam lebih nampak sentiasa bergaya.

Antara pencapaian terbaru dari reban Mie kebab adalah Johan BoTB di Sik Kedah dan yang paling terbaru Johan ketogori Induk di Tebengau manakala Serama Muda ditempat ke 7. Syabas SPB ucapkan.

Beliau juga ada menjual ayam dari baka-bakanya sendiri.. cuma buat masa sekarang ayam stok memang takda kerana yang ada pun semua dah ada yang booking! Setakat ini beliau hanya menjual ayam kepada kenalan-kenalan sahaja... so kalau nak try boleh datang ke reban Abang Mie Kebab Penang sendiri.


Nak tahu atau nak beli boleh tanya Brother mie sendiri.... ok!! Jumpa lagi.

Rating

Tuesday, February 22, 2011

Poster Ayam Serama 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera, bagi memudahkan cara untuk pembelian Poster Terbaik dari Reban 2011. Saya letakkan no tel. bagi yang tiada akaun email dan boleh terus msg kepada saya dan isyaallah, penghantaran akan dibuat sejurus pembayaran dibuat. sila hantar pesanan text ke No. Tel 0165047301 saya akan balas seberapa segera yang mungkin.

Penghantaran akan dibuat dengan menggunakan Perkhidmatan Poslaju Insyaalah (Esok Pasti Sampai)

Ribuan Terima Kasih kepada yang telah membuat tempahan untuk makluman Edisi Terhad ini tinggal tak seberapa lagi harap maklum!! 

Oder Banyak pasti ada Diskaun!!!!




Contoh Poster dengan Saiz sebenar, kualiti kertas terbaik serta kalis air... dijamin tahan lama!! 
Memang Berbaloi-baloi...


Monday, February 21, 2011

Poster Terhad Terbaik Dari Reban 2011

Assalammualikum dan Salam sejahtera. Makan ayam, tidur ayam, celik ayam, pejam ayam…demam serama telah bermula. Ia kecil, ia menawan.. Bagi komuniti serama, memiliki serama yang cantik bukan sahaja menjadi impian malah sanggup membelanjakan ribuan ringgit demi mendapatkan serama idaman. Bermula dengan hobi, kini ada pihak menjadikannya sumber pendapatan yang menjanjikan pulangan lumayan. Hobi yang boleh dianggap mahal ini berupaya menyatukan komuniti pemilik-pemilik ayam jenis ini. Ini merupakan sesuatu yang positif. Kecantikan serama tidak berakhir pada pemiliknya, ianya dipertontonkan menerusi pertandingan dengan penyertaan dari pelbagai kategori. Bukan hadiah dan bukannya nama yang dikejar, kalah atau menang bukan persoalan, sebaliknya kepuasan memelihara serta mempamerkan kecantikan haiwan ini kerana ianya menuntut kesabaran dan disiplin yang tinggi. Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan hobi ini, jangan segan untuk bertanya kepada otai-otai yang ramah mengenai petua dan teknik-teknik berkaitan. Ianya pasti menyeronokkan.

Sebagai menyempurnakan musim serama pada kali ini. Nah !!! Poster Ayam Serama Eksklusif terbaik dari reban. Memilikinya adalah satu kemestian. Tak lengkap rasanya reban anda jika tidak ditempek dengan poster serama eksklusif 2011 ini. Pasti berkokok apabila melihatnya!!!..Tempahlah sekarang, keluarannya terhad. Order untuk jiran tetangga sekali. Terima kasih atas sokongan anda.


Poster ini dikeluarkan adalah untuk mencari dana bagi membiayai kos penerbitan Majalah Serama Terbaik Dari Reban yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat! Diharap para peminat ayam Serama di serata Dunia dapat memberi sokongan dengan  adanya majalah satu-satunya dari Malaysia untuk tahun 2011. Kepada Peminat Serama dari Malaysia Sokonglah Produk kita Majalah Kita.


Saiz A3

Harga :

Semenanjung Malaysia : RM15.00 dengan kos penghantaran

Sabah / Serawak / : RM18.00 dengan Kos penghantaran

Indonesia : RM 20.00 dengan Kos penghantaran.

Sila buat tempahan anda dengan menghantar Email Kepada : Seramapb@gmail.com

Untuk Tempahan Sekarang !

Sila sertakan Nama, Alamat dan No. Tel untuk dihubungi.

Edisi adalah Terhad !

Wednesday, February 16, 2011

Terjah ke Reban Serama Che Mat Kulim Kedah



Salam satu Malaysia, untuk  segmen terjah reban kali ni saya masih meneruskan perjalanan di kawasan Utara Semenanjung Malaysia iaitu ke lokasi Kulim Kedah. Reban kali ini tidak lain dan tidak bukan Terjah Reban otai Serama dari Group Penang.. Che Mat Kulim.

Walaupun kedudukan daerah Kulim di Negeri Kedah namun disebabkan kedudukanya yang bersepadan dekat dengan Bukit Mertajam, Pulau Pinang jadi Che Mat Kulim lebih senang dan akrab bersama group dari negeri Pulau Pinang. Beliau juga antara mereka yang dulunya pernah menyinari dunia ayam serama di zaman kegemilangannya di era hujung 90an, kemudian berehat sebentar dan kini kembali aktif dalam menyertai pertandingan serta turut sama membantu dalam mengganjurkan pertandingan Kecantikan ayam serama ini di sekitar negeri Pulau Pinang.

Pandangan Otai lama... memang banyak petua dan rahsianya.
 
Che Mat yang juga mempunyai ramai kenalan rakan Serama antaranya di Kedah,Kuala Lumpur, Terengganu dan di Kelantan khususnya. Menurut cerita beliau pada setelah aktif semula, banyak juga rintangan yang perlu dihadapi oleh Che Mat antaranya kena tipu, kena main dengan harga dan macam-macam hal lagi. Ini semua untuk mendapatkan ayam yang benar-benar menjadi.

Membersihkan dan membelai ayam adalah rutin untuk ayam bawa main game.!

Katanya dulu masa mula main balik semula kita melabur berhabis-habisan...dengan mencari baka yang terbaik untuk dibawa balik rumah kemudian tunggu baka bertelur nak dijadikan anak lepastu nak dibawa main atau buat jadi baka sendiri alih-alih tak jadi-jadi. Beliau menyatakan bahawa duit yang dilaburkan mencecah angka puluhan ribu ringgit demi hobi yang dianggap lumayan.

"Kerna minat kita tak berhenti mencari... kita terus jugak cari yang betul-betul baka baik" jelajah ke Kelantan terengganu untuk mencari baka.... "orang la ni mudah sikit. Tak macam kami yang baru nak mula dulu... berpuluh ribu habis. Pasal kami kurang ilmu dan takda sapa nak tunjuk ajaq, la ni mudah...." komen Che Mat bila ditanya bagaimana diawal pembabitan semula selepas berehat sebentar dari hobi ini.

Chet Mat memberi penerangan mengenai baka ayam kepada SPB
Che Mat juga antara Otai yang aktif dalam menyertai Pertandingan Kecantikan Ayam Serama, Ayam-ayam Chet Mat memang ada class nya yang tersendiri ini terbukti dengan beberapa kejohanan yang diserta jarang sekali tak bawa pulang hadiah Utama... memang berbaloi dengan wang dan masa yang lama untuk mendapatkan baka dan pattern yang terkini......!!!

Antara sebahagian ayam Che Mat Kulim..






Akhir kata memang berbaloi SPB datang melawat ke Reban Otai ini, banyak ilmu dan rahsia yang dipelajari di sini. Untuk mereka yang baru nak berjinak dalam hobi ini boleh berhubung dengan beliau kerana Otai Serama ini amat mesra dan ramah serta tidak lokek untuk memberikan tip-tip dan tunjuk ajar yang berguna sama ada untuk menternak atau berminat untuk menyertai pertandingan. Che mat juga ada memengeluarkan baka dari rebannya sendiri antara baka yang ada Kuda Laut, Pak Rashid Marang,Sri Baruh dan beberapa lagi jenis baka Chempion  jadi kepada yang berminat apa tunggu lagi sila hubungi beliau di no tel: 0194627481 - Che Mat Kulim


Rating ****



Saturday, February 12, 2011

Pertandingan Kecantikan & Kesenian Ayam Serama 2011



Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Dijemput kepada semua peminat-peminat ayam serama ke Pertandingan Kecantikan & Kesenian Ayam Serama siri 1/2011 seperti dibawah:- 

Tarikh : 26 Feb 2011 (Sabtu)
Tempat: Kompleks Muhibah Kg Pandan Selangor.
Masa: 0900hrs - selesai pertandingan ( 1000hrs-Pengadilan bermula).
Yuran Penyertaan: RM40.00
Pengadil : PERKASA
Hadiah : 
1st : RM300.00
2nd: RM200.00
3th: RM100.00
Saguhati : 30% Penyertaan - Barang letrik & Lain-lain.
Cabutan bertuah: Wang Tunai ,Hamper dan barangan letrik dan lain-lain.
*Jika penyertaan mencecah 250 penyertaan -Hadiah Bonanza menanti anda.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Hairy 013-3949704
Adham 0123434979
Abg Soib 019-2859869
Azahari Puchong 019-2783768
Lebai 012-396062


Untuk Makluman Semua !


Friday, February 11, 2011

Ayam Serama : Pembaka baru!

Ibu Rinting !!!

Salam Satu Malaysia, Update terkini dari blog SPB cuma nak beri tahu insyallah  kalau di panjangkan usia dan dipermudahkan, saya akan hadir ke game KL di Ampang pada 26hb Febuari ini kalau takde ape halangan, moga ada update di blog berlintas langsung dari sana!!hehhe

Ada sedikit gambar rutin harian... serama PB apabila petang hari... latihan petang!!

Pembaka Kubing 999


Baka Limbat Langkawi mari ....



 Emas Kuning 916


 Si Ara Hitam


Latihan Petang..... !

Tujuan sangkar ini adalah untuk latihan ayam terutama untuk di latih turun ke game, selain dari ayam menjadi lebih mesra meja ia juga untuk ayam-ayam berlatih mengibas dan beradu mengibas, tujuan kain diletakkan supaya ayam lebih lonjak dan selam saya rasa petua ini sangat praktikal dan bekesan sekali. 

Amaran!! jangan sesekali beri makanan ketika ayam sedang berada di dalam sangkar latihan atau di atas meja latihan. Ini kerana takut-takut ayam akan terbiasa mematuk di atas meja dan tidak mahu bergaya lagi. !!


Takde baru nak update ini jerr yang baru ada... hasil keje tangan sendiri tu!!! hehehe

Selamat Mencuba dan Selamat Beramal.. Jumpa lagi di lain Post.