~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Monday, February 21, 2011

Poster Terhad Terbaik Dari Reban 2011

Assalammualikum dan Salam sejahtera. Makan ayam, tidur ayam, celik ayam, pejam ayam…demam serama telah bermula. Ia kecil, ia menawan.. Bagi komuniti serama, memiliki serama yang cantik bukan sahaja menjadi impian malah sanggup membelanjakan ribuan ringgit demi mendapatkan serama idaman. Bermula dengan hobi, kini ada pihak menjadikannya sumber pendapatan yang menjanjikan pulangan lumayan. Hobi yang boleh dianggap mahal ini berupaya menyatukan komuniti pemilik-pemilik ayam jenis ini. Ini merupakan sesuatu yang positif. Kecantikan serama tidak berakhir pada pemiliknya, ianya dipertontonkan menerusi pertandingan dengan penyertaan dari pelbagai kategori. Bukan hadiah dan bukannya nama yang dikejar, kalah atau menang bukan persoalan, sebaliknya kepuasan memelihara serta mempamerkan kecantikan haiwan ini kerana ianya menuntut kesabaran dan disiplin yang tinggi. Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan hobi ini, jangan segan untuk bertanya kepada otai-otai yang ramah mengenai petua dan teknik-teknik berkaitan. Ianya pasti menyeronokkan.

Sebagai menyempurnakan musim serama pada kali ini. Nah !!! Poster Ayam Serama Eksklusif terbaik dari reban. Memilikinya adalah satu kemestian. Tak lengkap rasanya reban anda jika tidak ditempek dengan poster serama eksklusif 2011 ini. Pasti berkokok apabila melihatnya!!!..Tempahlah sekarang, keluarannya terhad. Order untuk jiran tetangga sekali. Terima kasih atas sokongan anda.


Poster ini dikeluarkan adalah untuk mencari dana bagi membiayai kos penerbitan Majalah Serama Terbaik Dari Reban yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat! Diharap para peminat ayam Serama di serata Dunia dapat memberi sokongan dengan  adanya majalah satu-satunya dari Malaysia untuk tahun 2011. Kepada Peminat Serama dari Malaysia Sokonglah Produk kita Majalah Kita.


Saiz A3

Harga :

Semenanjung Malaysia : RM15.00 dengan kos penghantaran

Sabah / Serawak / : RM18.00 dengan Kos penghantaran

Indonesia : RM 20.00 dengan Kos penghantaran.

Sila buat tempahan anda dengan menghantar Email Kepada : Seramapb@gmail.com

Untuk Tempahan Sekarang !

Sila sertakan Nama, Alamat dan No. Tel untuk dihubungi.

Edisi adalah Terhad !

No comments:

Post a Comment