~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Tuesday, February 8, 2011

Ayam Serama : Game Tebengau !!! Part I





Salam Satu Malaysia, Posting hari ni yang sepatutnya saya update pada hari ahad yang lalu,  tetapi komputer SPB ada masalah sikit dalam meng-upload gambar.... so hari ni SPB akan bentangkan sedikit gambaran tentang Game di Tebengau yang pada pandangan mata kasar SPB masih ada beberapa pekara yang perlu diperbaiki. Ini kerana reputasi Tebengau adalah merupakan tempat untuk acara tahunan yang dianggap Game besar bagi sesetengah para peserta.

Tebengau memang tidak asing lagi bagi mereka yang sudah lama dalam game kejohanan Kecantikan Ayam Serama ini,terutamanya kawasan Utara. Namun dari pemerhatian dan juga pendapat yang diberikan oleh segelintir pengunjung dan para peserta ada beberapa pekara yang perlu dititik beratkan dan diperkemaskan lagi oleh pihak penganjur. Saya tidak memandai-mandai dalam hal ini namun ia adalah riaksi daripada pengunjung yang hadir pada hari acara itu berlangsung.

Jika kita perhatikan  kawasan meletakkan kenderaan amat terhad dan ramai pengunjung yang secara kebetulan lalu tidak dapat singgah dan mengenali dengan lebih dekat hobi yang lumayan ini ada juga  ingin menyaksikan pertandingan,namun tidak dapat meletakkan kenderaan sudahnya mereka berlalu pergi begitu saja. 

Ketika bersarapan pagi di gerai hadapan tapak pertandingan, saya dapati ramai yang terdongak-dongak dari dalam kereta mencari tempat meletak kereta dan satu lagi kemungkinan kurang dari aspek promosi untuk penduduk setempat ini kerana  ramai yang lalu lalang bertanya kepada saya : 'Ada apa kat sini' itu kemungkinan saja saya tak pasti, tapi saya percaya pihak penganjur sudah arif tentang banner atau poster dan sebagainya lagi... saya tak pasti! apa-apa pun abang yang menjaga kawalan lalu lintas saya berikan 5 bintang.... memang tegas abis! suara clas... tak payah guna pembesar suara.

Ada pun game di Tebengau berjalan dengan jayanya walau pun cuaca agak panas terik dengan khemah yang dipasang agak rendah, hingga ada suara-suara sumbang kedengaran dan menyebabkan pengira markah serta ayam nampak gelisah mungkin udara kurang, apa-apa pun tahniah diucapkan kepada yang menang yang kalah jangan mengalah cuba lagi dilain masa dan dilain gelanggang... Akhir kata dari SPB semoga Pertandingan Kecantikan Ayam Serama akan menjadi menu acara tahunan untuk tahun melawat Malaysia dimasa akan datang. 

Sedikit gambar untuk halua mata dari lensa SPB bersama camera man Zarie.



Pemandangan di khemah pertandingan
 

Para peserta membawa peluru masing-masing ke khemah pertandingan









Pemandangan di bahagian Urusetia... !
 
 hehehe.... bepeluh jugak nak cari pemenang!!!
 

Kelihatan Cikgu Zul Tanjung Piandang, Seramamas dan rakan-rakan.
Cikgu anak chempion tu tak nak jual ke??
 
 Antara Otai lama yang menjual Serama di hari pertandingan.
Saya rasa tak ramai breeder yang datang menjual pada hari tu.
 
Keputusan Rasmi seperti di bawah
 






Nantikan sambungan postting gambar-gambar yang lain di Tebengau, Posting Ayam Serama : Game Tebengau !!! Part II 

Jumpa Lagi !!!

No comments:

Post a Comment