~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Tuesday, January 25, 2011

Abang Hamid - Sanggup apa saja demi ayam !!

Gambar  Rembat dari web Sinar Harian !

Untuk Update hari ni... takde cerita ape pun cuma terbaca dari akhbar Sinar Harian hari minggu, sekarang semakin banyak pendedahan kepada umum mengenai hobi ayam serama... saya berharap agar setiap kali ada pertandingan tak kira kecil atau besar mendapat liputan pihak media masa agar hobi ini kembali seperti di zaman kegemilangannya dulu... ok lah takde cerita panjang baca jerr kat bawah tu...! cerita Brother Hamid Ahmad dari Sik Kedah.


KAMPUNG TELOI TUA - Gara-gara terlalu minat membela ayam serama, seorang penduduk sanggup memperuntukkan wang sebanyak RM5000 untuk mendirikan sebuah reban yang dilengkapi dengan bumbung bersiling semata-mata memastikan haiwan ternakannya selesa.

Pemilik ayam serama, Hamid Ahmad, 43, berkata, dia sendiri sering diusik jiran-jiran sekampung kerana menyiapkan reban ayam terlebih dahulu sedangkan rumahnya sendiri masih dalam proses pembinaan.

Katanya, dia tidak kisah mengenai tanggapan orang terhadap dirinya kerana tahu apa yang dilakukan, apa yang penting 32 ekor ayam serama peliharaannya terus membesar dengan sihat serta mampu membiakkan baka.

“Jika diikutkan penglibatan saya dalam dunia ternakan ayam serama bermula semenjak 10 tahun lalu, dan lima tahun kebelakangan ini turut menjalankan aktiviti menjual baka-baka ayam serama kepada sesiapa yang berminat.

“Sewaktu tinggal di Kelantan dan Terengganu kerana bekerja di sana, saya sering aktif menyertai pertandingan kesenian dan kecantikan ayam serama, malah pernah menang dalam pertandingan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Hamid berkata, namun setelah membuat keputusan kembali pulang menetap di kampung halaman, dia terkejut kerana masyarakat di sebelah utara terutamanya sekitar Kedah kurang menggemari hobi membela ayam serama.

“Saya sendiri hairan kerana jika di tempat-tempat lain, hobi ini sememangnya mempunyai peminat yang ramai terutamanya ketika diadakan sebarang pertandingan melibatkan ayam serama dan pernah ada peserta dari luar negeri turut serta.

“Mungkin ada orang beranggapan kos mendapatkan baka ayam serama amat tinggi dan sukar dijaga, namun tanggapan mereka silap kerana harga bagi seekor ayam serama yang dijadikan haiwan peliharaan atau hiasan sekadar dalam lingkungan RM100 lebih seekor,” katanya.

Bagaimanapun menurutnya, memang diakui harga ayam serama yang layak masuk pertandingan sememangnya tinggi dan dia bersedia menjual sepasang ayam serama A dengan harga RM6000 manakala sepasang ayam serama B sekitar RM4000.

“Kesemua benih ayam tersebut diperoleh dari baka-baka terpilih dan pernah menang dalam pertandingan terutamanya di sekitar Kelantan kerana haiwan tersebut amat popular di sana berbanding Kedah.

“Ayam serama mempunyai keunikan tersendiri, selain daripada cantik, mudah dibela, sifatnya yang suka tinggal berdekatan dengan manusia turut menarik perhatian dan hanya makan dedak ayam serta jagung halus,” katanya.

Menurutnya, hobi ini sememangnya memberi kepuasan kepada dirinya dan sesiapa yang berminat berkongsi hobi tersebut boleh menghubunginya melalui talian 019-4977070. 

No comments:

Post a Comment