~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Monday, January 3, 2011

Pertandingan Ayam Serama 2011



Salam Satu Malaysia, bertemu kembali... sudah dua tiga hari tak buat posting baru... so kali ni saya nak suarakan hajat hati yang dah lama saya fikirkan iaitu untuk menubuhkan club Serama Bagi daerah Kerian. Namun dari pandangan saya pekara ini agak sukar untuk di usahakan memandangkan masih kurang pendedahan terhadap minat memelihara Ayam Serama di daerah ini.

Saya tidak menolak bahawa masih ramai peminat hobi yang bernilai tinggi ini di daerah Kerian, malahan pada sekitar 2000 - 2002 sebelum kedatangan kegilaan ikan flower horn boleh dikatakan disetiap ceruk rumah ada memelihara Ayam Katik, dari yang di kampung sampai ke rumah taman-taman di pekan ada memelihara ayam Serama, namun apabila badai ikan flower horn melanda peminat Ayam serama di daerah kerian, habis semua ayam di lepaskan bercampur gaul dengan ayam kampung... habis suku sakat keturunan juara hilang entah kemana yang dulu namanya Si Jalak Lenting pun dah tinggal nama saja, bertukar jadi nama ikan pula... akibat demam ikan kepala besar, alih-alih buang ke sungai dan longkang juga akhirnya bila dah tak tahan nak bagi makan dan membiak tanpa mengira musim...dengan akurium pun tak bertukar air. Akibatnya sekarang ni kalau memancing di Sungai Kerian kalau hajat nak pancing Udang, jangan heran kalau dapat ikan berkepala dogol pulak... !


Berbalik kepada rancangan asal saya tadi, ada pun dapatlah kiranya, saya ingin bersama-sama menaikkan semula hobi yang lumayan dari haiwan yang telah di martabatkan sebagai Ikon Negara ini untuk diangkat seperti di zaman kegemilangannya dahulu.

Langkah Pertama yang perlu saya ambil dengan mengadakan perjumpaan dengan pengiat dan peminat Serama di Negeri Perak dan seterusnya menganjurkan Pertandingan di peringkat Daerah dan seterusnya ke peringkat Negeri Perak...! ini adalah matlamat tahun baru dan saya berharap agar peminat-peminat Serama di negeri Perak dan lain-lain negeri dapat turut serta dan segaligus memberi sokongan padu dengan mengambil bahagian di dalam acara pertandingan kecantikan Serama yang akan saya dan rakan-rakan yang lain akan anjurkan nanti, insyaallah tidak lama lagi...

Sebagai penutup posting ini,Saya minta rakan-rakan dari negeri Perak agar menghubungi saya atau Cikgu Zul untuk menjayakan impian diatas...

Salam Satu Malaysia! 

Okey!! oopstt silap upload ini bukan ayam serama ok!! 
kesilapan amat dikesali!! tapi ketegori A jugak ni...


No comments:

Post a Comment