~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Tuesday, May 10, 2011

Ayam Serama: Terjah Reban Hj. Iskandar Keramat KL

Assalammualaikum dan salam sejahtera.



Untuk posting kali ini SPB nak membawa para pembaca blog ini mendekati Reban Otai Serama Hj. Iskandar Keramat atau dikenali dengan blognya  http://seramakeramat.blogspot.com/

Sebenarnya saya sudah lama siapkan posting ini namun gambar lambat sedikit untuk  di edit jadi lambatlah posting ini keluar kalau nak di ikutkan dah 2 bulan dah siap posting ni. tapi apa-apa pun syukur siap juga posting kali ni... ingat dah tak keluar dah.. Hehehe.

Okey lah untuk tidak membuat masa anda dan penat saya nak menaip saya coretkan sedikit temubual saya dengan Pak Hj. Iskandar The Otai Serama Keramat.

Pembabitan beliau adalah secara hobi pada awalnya... namun disebabkan kesibukan kerja dan sebagainya membuatkan beliau besara sementara di awal tahun 2000 namun tidak terus pupus disitu masih ada tinggal baka pilihan, namun kini setelah dibuat RnD sendiri beliau telah mempunyai baka-baka yang amat berpotensi di dalam arena Pertandingan Kecantikan Ayam Serama ini, baka dicari dari seluruh pelusuk tanah air terutama di Pantai Timur dan sekitarnya, sekarang beliau boleh berbangga dengan hasilnya itu.

Antara nama Icon besar pada ketika ini adalah "Kerismas" yang telah mengungguli "Pesta Unggas Antarabangsa Kelantan 2011" yang telah diadakan baru-baru ini. Kerismas adalah hasil dari RnD baka Hj. Iskandar sendiri, kemudian di pinang oleh pengemar ayam serama Pulau Pinang ketika anak B dan di asuh serta dijaga oleh tuannya (saudara Mie kebab) yang kini amat berbangga dengan Icon tersebut.



Selain nama besar Kerismas ada banyak lagi baka kelahiran dari reban beliau yang mendapat tempat di arena pertandingan kecantikan Ayam Serama dan yang terbaru juga iaitu Induk beliau sendiri turut meraih tempat pertama di Game Penang antara game besar tahun ini. Jadi amatlah berbangganya saya apabila dapat sampai ke reban beliau untuk dibuat segman terjah reban buat kali ini.

okey teruja, teruja jugak... gambarnye mane... ??


Ayam yang masuk kategori Remaja... mungkin dah ke muda sekarang,
ia la.. dah dua bulan baru posting ni keluar hahaha... !


Anak ni jangan cari kat sana dah... dah ada yang booking!!! hehehe


Haha.... ayam ni ayam bahaya, takda siapa menyangka ayam dulu macam ni..
sekarang dah ada nombor top 10 kat BON!



Antara induk yang sempat dirakam... dari lensa SPB


(dibawah alat bantuan penetasan jika ibu tak nak mengeram)




ini hasilnya...


Antara pembaka utama


Di Reban Ini....!!


Dalam gambar Hj. Iskandar pemenang Induk di Bon Penang

Okey apa-apa pun sampai disini dulu posting kita kali ni, Hj. Iskandar peramah dan juga tidak lokek ilmu, so kepada pemain dan peminat ayam serama boleh bekenal-kenalan dan berjalan ke reban beliau yang di beri rating oleh SPB sebagai reban high recomended  .

Sampai disini dulu berjumpa lagi dilain posting.... Salam Satu Malaysia.

rating

No comments:

Post a Comment