~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Sunday, May 22, 2011

Terjah Reban : Ayam Ah Leong !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Segman Terjah Reban lagi.... Minggu ni saya nak bawa saudara mengenali seorang lagi otai Serama yang dah begiat dari zaman Ikan Lohan Lagi... Apa kena-mengena dengan ikan lohan pulak ni... hehehehe!

Menurut Ah Leong empunya reban ini, ketika beliau baru saja nak mengumpul ayam serama dan ketika itu lah aura ikan lohan mula menular ke setiap pelusuk inci rumah.. jadinya orang sibuk duk bela ikan dia duk sibuk cari ayam serama...
dan sudahnya tak lama selepas tu harga ayam mula turun mendadak ikan lohan disebut di sana sini.. namun Ah Leong tetap dengan Ayam Serama hingga ke hari ini....

Sedikit gambar dari reban beliau.


Itu dia Jalan pintu masuk ke reban Ah Leong... nampak macam berhantu jerr ! hehehe

|


|


|


|


|


|


|


|


|


|


|


|


|



Ha.... tu dia, rupanya benda kat dalam dia ada berpuluh-puluh sangkar ayam serama





 
Tu dia.... punya ramai ayam dia hehehe..
Okey kita cerita lagi sikit.... Pengalaman beliau tahun 2000 mula mencari ayam serama dan membiak secara kecil-kecilan pada mulanya dan kini dah ada beratus ekor tp kebanyakkan ayam yang tinggal dah tak seberapa sebab katanya dah ramai jugak yang dah datang melamar sejak-sejak dah ada game di sekitar Utara ni... 

Oh ya Lokasi reban beliau Di Permatang Pauh  Pulau Pinang saja.. mungkin ramai yang tidak mengenali beliau kerana dia kurang menyertai pertandingan. Kali terakhir dia ke pertandingan ayam serama di Perlis dua tiga bulan lepas, dan ayam beliau ketika itu sekadar menduduki Top Ten sahaja ketagori A.

Katanya yang mengulas baka ayam sekarang jauh berbeza dengan dulu dan dia pun amat tertarik dengan ayam yang di gelar Perahu Siam dan bercita-cita mencari baka yang sedemikian rupa ulas Ah Leong sambil menunjukkan Handphone nya gambar Perahu Siam kepada SPB. 

lagi gambar...



Di atas antara ayam serama yang sempat di ambil pic. yang lain saya tak taruk... kalau semua nak taruk jawabnya sampai ke esok pun tak abis... hehehe

Apa-apa pun sesiapa yang teringin nak berkenalan dengan Ah Leong boleh meng hunbungi beliau dengan talifon memandangkan belaiu tak ada blog dan sebagainya bekenaan dengan internet ni semua... so kat sini saya sertakan sekali nombornya... kalau beliau tanya mana dapat nombor ni pandai-pandai la jawab.. hehehe cakap je dari blog yang tak seberapa ni okey!! 

Saya akhiri tulisan saya dengan ucapan jangan lupa log in lagi ke blog ni.. wasalam !!!

Ah Leong = 0125512207 !!
Rating ***

No comments:

Post a Comment