~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Tuesday, May 24, 2011

Sembang Ayam Serama!



Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Hari ni saya nak bercerita sikit tentang ragam peminat-peminat ayam serama khususnya di Malaysia  bekenaan tentang pemilihan ayam serama untuk di pelihara sama ada buat teman melepaskan penat selepas balik kerja, untuk menyertai kontes ataupun dijadikan pembaka mencari wang sampingan.

Eh... ape yang SPB merepek ni...? arhh tak kisah lah... apa-apa pun SPB hanya nak sampaikan sedikit tips yang saya terima dari beberapa otai reban serama yang saya kenal dan berjumpa. Sebenarnya benda ni pernah saya highlight dulu tapi takpe lah saya ulang lagi isu ini iaitu ayam baka mahal dan baka murah.... yang mana satu pilihan anda?

Baka Mahal - Berketurunan Pandai bergaya di atas meja, berani dan bertubuh cantik serta accessories yang gila super.

Baka Murah - Tak tahu dari mana keturunan, tak ada susur jalur tapi cantik dan harga murah.


Okey dari perbandingannya Ayam Mahal ni selalunya berketurunan champion . Datuk, atau bapak pernah ada rekod juara dimana-mana BON. Jadi ramailah yang bertanya bila datang nak melamar ayam direban, ayam dari mana? Baka Apa? Siapa punya dan Pernah bertanding atau pernah menang ke tidak?

ha... soalan normal ! kalau siapa jual ayam tahu la soalan ni...

Tapi masalahnya bagi saya la..... kalau tak ada tanda, atau sijil pengenalan atau ape saja bukti kukuh boleh ke kita main taruk jerr susur jalur keturunan ayam ni semua. Bila di fikir-fikirkan boleh jugak kan?

Kenapa kalau Ikan Arowana atau kucing Siam atau pun haiwan exotic lain boleh buat sijil kelahiran? kenapa ayam serama baka hebat-hebat tak boleh buat ke?. Sekurang-kurangnya terbukti kesahihan baka tersebut. Ini menambahkan lagi faktor dari segi keunikan dan  eksklusifnya haiwan yang digelar Ikon Malaysia ini! confirm sukan sea kat Malaysia akan datang Guna Logo Ayam Serama...hehe

Apa pun itu cadangan SPB je... jangan la serius sangat kalau rasa berbaloi buat la.. kalau tak, abaikan jerr. SPB pun bukan apa bila banyak ke reban orang ni kadang-kadang terfikir jugak.. tuan punya ayam bukan main promote baka dia tapi takda bukti, kadang-kadang SPB tergelak jugak warna ayam atau kaki jerr dah tak sama dengan baka yang di wawarkan so apa nak kata SPB iye kan jerr!

Jadi kepada yang rasa ayam dia berkualiti tinggi atau nak lagi super brand boleh la try, saya rasa kalau ayam tu boleh jual harga 1k dan ke atas dah sesuai sangat buat sijil pengenalan untuk ayam tu... alah kertas sijil berapa duit sangat yang penting owner sendiri sain autograf, tread mark ayam sendiri baru breeder sejati.

Ah sudah lah... celoteh panjang pun tak guna kepada sesiapa yang buat breeder tu hanya ada satu pesanan untuk anda, berlaku jujur dalam berjual beli, kalau tahu baka cakap, tak tahu cakap jerr tak tahu.. kan senang!

Kepada yang terasa pedas mungkin ada termakan cili... apa-apa pun SPB mintak ampun dan maaf kalau suka boleh ikut tak suka buat tak tahu sudah... !

Bye-bye... jumpa lagi!!!

P/S: SPB ada ayam nak dijual... ayam baka boleh tahan harganya setakat ni tak perlu nak kena buat sijil... hehehe murah2 je!

No comments:

Post a Comment