~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Thursday, May 19, 2011

Kongsi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, dah hampir seminggu tiada review dari blog SPB nak kata sibuk takde la sangat tapi mungkin disebabkan tak banyak pertandingan dalam bulan lima ni so kurang sikit story yang nak di kongsi, apa-apa pun tengah tunggu game bulan 6 pulak, apa cerita Game Expo Seberang Jaya dan Tok Nadoq Tebengau, sunyi sepi jerr jadi ke tak jadi...! hehe 

Apa-apa pun kita tunggu je lah nanti.. sekiranya ada insyaallah akan di publish dalam blog SPB. Segman terjah reban masih ada lagi, masih ada reban Otai yang belum di postting tapi tunggu la nanti bila dah lapang sikit.

Okey lah ! nak cerita sikit........
Hujung minggu tadi keluar bersantai dengan Mentara Guru (Orang Rumah) ke Pawagam, fuhh dah lama juga tak tengok wayang asyik dengan ayam serama jerr... tak bleh jadi jugak, sekali-sekali kena angkut jugak orang rumah ni nanti merajuk habis reban dibakarnya hehe... so bila sampai jerr depan kaunter tiket tak tahu nak tengok cerita apa, kebetulan waktu sampai ada tayangan dah start main dalam lima minit  jadi tanpa pikir panjang beli jerr tiket nasib la cerita best ke tidak... cerita yang ini...



Filem aksi komedi dengan tagline Lu Langsi Lu Mati mengisahkan penyiasatan ASP Shariff (Fizo Omar) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur.

Kumpulan daripada pelbagai bangsa itu menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan, Tumulak (Shaheizy Sam) yang melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian.

Segala ancaman dilakukan Tumulak sebenarnya didalangi Kimpedu yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana ingin menakluk kawasan Kuala Lumpur.Pada masa sama, Tumulak mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff. ASP Shariff tak mengalah apabila anak dan isterinya juga diugut diculik tetapi ia tidak mematahkan semangatnya menjalankan tugas.

Apakah kesudahan filem kongsi ini? Kena tengok sendiri… Mungkin filem kongsi ini akan menjanjikan satu kelainan apabila ditonton nanti…Apa-apa pun cerita ni kelakar habis.... dengan pelbagai lorat bahasa.

Dengar cerita dah dapat RM7 juta kutipan dalam minggu pertama ... fuhh meriah!! si Devid Teoh target 10 juta

Pelakon: Shaheizy Sam:Tumulak (Pelakon Utama), Fizo Omar:ASP Shariff (Pelakon Pembantu), Yana Samsudin: Inspektor Olla (Pelakon Pembantu), Azad: Mikail (Pelakon Pembantu), Bront Palarae: Kimpedu (Pelakon Pembantu), Putri Mardiana:Yati (Pelakon Pembantu)

Selamat Menonton!!! 
Rate  ****


No comments:

Post a Comment